More
    Home Sarawak Kuching Manfaatkan platform digital untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan

    Manfaatkan platform digital untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan

    KUCHING, 11 NOVEMBER 2023 (SNN): Usahawan tempatan terutama kecil dan sederahana digalakkan untuk memanfaatkan platform-platform digital terkini di dalam mempromosikan produk perniagaan dan perkhidmatan mereka.

    Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, usahawan harus menerokai platform-platform yang baru untuk memperluaskan lagi pasaran produk dan perkhidmatan yang ditawarkan supaya dapat meningkatkan hasil pendapatan dan pelanggan.

    “Misalnya ‘Online Business’, ‘e-commerce’ dan digital platform yang ada untuk mempertingkatkan lagi perniagaan dan perkhidmatan kita,” katanya semasa berucap di Majlis Graduasi Program Bimbingan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) Edisi Sarawak 2023 di sebuah hotel terkemuka pada Jumaat.

    Datuk Amar Awang Tengah merakam gambar bersama para peserta INSKEN-Foto UKAS

    Datuk Amar Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri Dan Pelaburan menambah, para usahawan perlu yakin dan tidak takut untuk bertanya sekiranya tidak mempunyai pengetahuan mengenai bantuan-bantuan yang ditawarkan.

    Dalam majlis yang sama juga, turut berlangsung Majlis Penyampaian Sijil kepada peserta Industry Coach yang terbahagi kepada tiga termasuk INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) Spa, INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) Bakeri dan Program Bimbingan Keuntungan Menu.

    Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar & Pemantauan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP); Noor Afifah Abdul Razak, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan Sarawak (MINTRED) Industri; Dzulkornain Masron, Ahli Lembaga Pemegang Amanah INSKEN; Mary Jim, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN; Muhd Firdaus Azharuddin dan Pengurus Kanan Wilayah, Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Sarawak; Haryati Dahari.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...