More
    Home Sarawak Limbang Dapatkan Perlindungan Sosial melalui PERKESO bagi menjamin keselamatan diri-Datuk Hasbi

    Dapatkan Perlindungan Sosial melalui PERKESO bagi menjamin keselamatan diri-Datuk Hasbi

    LIMBANG, 06 NOVEMBER 2023 (SNN): Individu khususnya mereka yang bekerja sendiri di sektor informal dan golongan suri rumah disaran untuk mendapatkan perlindungan sosial yang disediakan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) bagi menjamin diri merkea dilindungi jika berlaku kemalangan.

    Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah berkata, Kerajaan komited untuk memastikan golongan tumpuan terus mendapat perlindungan sewajarnya.

    “Bagi perlindungan bencana kerja bagi tempoh setahun, mereka hanya perlu membayar caruman RM46.60 dan peruntukan ini adalah sehingga 31 Disember tahun ini.

    “Oleh itu, saya menyeru kepada individu bekerja sendiri di sektor informal dan golongan suri rumah agar mendapatkan perlindungan sosial yang disediakan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam Majlis Penangguhan Program Seranta PERKESO 2023 Peringkat PERKESO Limbang anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Cawangan Limbang bertempat di Dewan Kampung Bunga Raya, Limbang pada Sabtu.

    Para peserta terdiri dariapda pelbagai atar belakang pekerjaan hadir pada program anjuran PERKESO-UKAS

    Sebelum majlis penangguhan, terdapat tiga slot penerangan telah disampaikan pada sebelah pagi iaitu slot pertama berkaitan Pengenalan Inisiatif SKSPS (SPS Padanan Caruman & SPS Madani), slot kedua Pengenalan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan slot ketiga Advokasi Pencegahan Kemalangan oleh pihak JPJ.

    Melalui program ini juga diharap penjelasan yang disampaikan oleh pihak PERKESO dan pihak JPJ akan dapat disampaikan dan dikongsikan kepada masyarakat di sekeliling selain memberi kesedaran terhadap pentingnya mempunyai skim perlindungan sekiranya berlaku musibah.

    Turut hadir sama Pegawai Daerah Limbang; Sulaiman Engal dan Pengurus PERKESO Cawangan Limbang; Siti Saharah Tair.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...