More
    Home Malaysia Kerajaan Sarawak sediakan Skim Subsidi Kadar Faedah kepada PKS bantu kembangkan perniagaan

    Kerajaan Sarawak sediakan Skim Subsidi Kadar Faedah kepada PKS bantu kembangkan perniagaan

    TANJUNG MANIS, 30 SEPTEMBER 2023 (SNN): Sarawak merupakan satu-satunya wilayah di Malaysia ini yang menyediakan skim subsidi kadar faedah selama 3.5 tahun kepada PKS yang layak di bawah Special Relief Fund (SRF), Targeted Relief & Recovery Facility (TRRF) dan PENJANA Tourism Fund (PTF) bagi memabntu mengembangkan perniagaan mereka.

    Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dalam ucapannya yang disampaikan oleh Datuk Len Talif Salleh berkata, semua permohonan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) untuk SRF, TRRF dan PTF berjumlah RM77 juta telah diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) sebelum 31 Januari 2022.

    Beliau yang juga Menteri MINTRED menjelaskan selain bantuan daripada kerajaan Pusat, kerajaan Sarawak juga telah menyalur peruntukan sebanyak RM6.7 bilion di bawah pakej BKSS 1.0 sehingga 9.0 untuk membantu rakyat negeri ini termasuk golongan PKS yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 sama ada dalam bentuk bantuan kewangan mahupun bukan kewangan.

    “Sarawak adalah merupakan satu-satunya wilayah di Malaysia yang menyediakan skim subsidi kadar faedah selama 3.5 tahun kepada PKS yang layak di bawah Special Relief fund (SRF), Targeted Relief & Recovery Facility (TRRF) dan PENJANA Tourism Fund (PTF).

    “Semua permohonan BKSS untuk SRF, TRRF dan PTF berjumlah RM77 juta telah diluluskan oleh Kementerian saya sebelum 31 Januari 2022, dimana semua peruntukan tersebut telahpun disalurkan kepada 3,320 penerima.

    “Bagi kita di Sarawak, kita amat bersyukur kerana Kerajaan sedia ada amat prihatin terhadap rakyat yang terkesan daripada pandemik covid-19.

    “Selain bantuan daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Sarawak telahpun memberi peruntukan sebanyak RM6.7 bilion di bawah pakej BKSS 1.0 sehingga BKSS 9.0 untuk membantu rakyat kita yang terjejas termasuk golongan PKS sama ada dalam bentuk bantuan kewangan mahupun bukan kewangan,” jelas Datuk Len Talif Salleh pada Majlis Perasmian Jum Regista Bisness di Dewan IKS, Tanjung Manis pada Jumaat.

    Program Jum Regista Bisnes (Regista) yang berlangsung di Dewan IKS, Tanjung Manis telah disertai seramai 200 orang peserta.-foto UKAS

    Program ini dilaksanakan bertujuan membantu para usahawan/peniaga/penjaja di Daerah Tanjung Manis yang tidak memiliki lesen perniagaan untuk mendaftar dan memiliki lesen perniagaan.

    Selain itu, ia juga memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan memiliki lesen/permit perniagaan untuk menjalankan perniagaan secara sah serta membolehkan usahawan/peniaga/penjaja menikmati bantuan kewangan dan lain-lain bantuan dari pelbagai agensi keusahawanan jika mereka memiliki lesen perniagaan yang sah.

    Para peserta program juga diberi latihan serta bimbingan dalam pengurusan syarikat dan perniagaan.

    Datuk Len dalam pada itu berharap semua peserta mendapat manfaat daripada program tersebut dan dapat mengembangkan perniagaan mereka.

    Turut hadir sama Pemangku Pegawai Daerah Tanjung Manis; Ismail Kasah, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Kaum dan Masyarakat.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...