More
    Home Sarawak Kuching Kerajaan Sarawak lulus peruntukan RM20 juta bina bangunan baharu milik PKMS

    Kerajaan Sarawak lulus peruntukan RM20 juta bina bangunan baharu milik PKMS

    KUCHING, 27 SEPTEMBER 2023 (SNN): Kerajaan Sarawak bersetuju meluluskan lebih kurang RM20 juta bagi membina bangunan baharu milik Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) bermula pada penghujung tahun ini.

    Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg pembinaan baharu bangunan PKMS tersebut akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti dewan serbaguna dan ruangan pejabat untuk aktiviti PKMS.

    “Yang Dipertua PKMS telah mengemukan cadangan untuk membina banggunan PKMS diatas tanah milik mereka sendiri di Jalan Muhibbah, Kuching. Beliau juga telah mengemukakan pelan bangunan tersebut dan telah diluluskan oleh Unit Perancangan Negeri (SPA),”katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai menyempurnakan Majlis Penutupan Pertandingan Marhaban Peringkat Negeri Sarawak di Hotel Raia Kuching pada Isnin.

    Dalam pada itu, Yang Dipetua PKMS, Dr Wan Ali Tuanku Mashi mejelaskan bahawa bangunan baharu tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 16 bulan untuk disiapkan.

    katanya, banggunan tersebut akan dilengkapi dengan dewan serbaguna yang boleh memuatkan 1,200 orang dalam satu masa.

    “Banggunan dua tingkat itu juga nanti akan dilengkapi dengan kemudahan eskalator dan lif ditambah dengan tempat letak kereta yang luas turut disediakan dibahagian bawah banggunan. Ruang ini boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti pameran, bazar Ramadan dan banyak lagi,” katanya.

    Turut hadir sama dalam majlis Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak; Datu Misnu Taha, Pengarah Jabatan Mufti Negeri Sarawak;Mual Suaud, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM); Hamdan Jar’ee dan Timbalan Pengerusi PKMS; Mohd Zen Abang Ismail.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...