KUCHING, 15 SEPTEMBER 2023 (SNN): Dukacita dimaklumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak dan Mantan Menteri Integriti dan Ombudsman Sarawak, Datuk Haji Talib bin Zulpilip telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi pada 15 September 2023 (Jumaat).
Mohon doa semua semoga Allah ampunkan segala dosa arwah. Semoga Allah terima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya disisi Allah. Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia. Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin. Aamiin.