More
    Home Sarawak Limbang Kemudahan Sukan dan Rekreasi di Limbang & Lawas akan ditambahbaik bagi meningkatkan...

    Kemudahan Sukan dan Rekreasi di Limbang & Lawas akan ditambahbaik bagi meningkatkan mutu sukan di kawasan Utara Sarawak

    LIMBANG, 20 OGOS 2023 (SNN): Kerajaan Sarawak dalam perancangan menambahbaik infrastruktur sukan dan rekreasi di kawasan Limbang dan Lawas dari semasa ke semasa untuk memudahkan sebarang pelaksanaan aktiviti kesukanan diladakan dengan lebih baik.

    Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan Sarawak kini sedang dalam proses membina kemudahan untuk sukan renang di Lawas, manakala usaha akan diberikan untuk menaiktaraf kolam renang sedia ada di Limbang.

    Pada masa sama menurutnya, kerajaan Sarawak juga telah merangka dan melaksanakan projek membina pelbagai jenis kemudahan sukan termasuk sukan belapan, bola sepak, memanah dan sepak takraw.

    “Dalam usaha ini, kerajaan akan melaksanakan projek secara berperingkat-peringkat, tidak hanya terhad kepada kawasan bandar tetapi juga meliputi kawasan kampung.

    “Ia merangkumi kemudahan padang, dewan untuk bermain badminton dan sepak takraw, serta kemudahan gelanggang futsal yang telah dibina di pelbagai kampung,”katanya semasa ditemui selepas merasmikan Majlis Penangguhan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Limbang Kali Ke-52 Tahun 2023 di Kompleks Sukan Limbang pada Khamis.

    Timbalan Premier yang juga ADUN Bukit Sari merakam gambar bersama semua kontinjen MSSB Limbang kali ke-52-Foto UKAS

    Menjelas lanjut, Datuk Amar Awang Tengah turut menyatakan hasrat untuk menjadikan Bahagian Limbang sebagai tuan rumah acara sukan berskala besar seperti Sukan Malaysia (SUKMA) pada masa hadapan.

    Ke arah itu tegasnya, penting untuk mematuhi standard yang ditetapkan dalam penyediaan infrastruktur sukan agar dapat mengelola acara-acara tertentu yang bersesuaian dengan kemudahan yang ada.

    Terdahulu semasa berucap, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM100,000 kepada MSSB Limbang iaitu RM40,000 daripada beliau sendiri, RM20,000 daripada Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah, RM10,000 daripada Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, RM20,000 daripada Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan RM10,000 daripada ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang.

    Peruntukan tersebut jelasnya bagi kegunaan MSSB Limbang menghantar pasukan untuk menyertai semua acara dalam kejohanan peringkat negeri Sarawak yang akan diadakan di Miri.

    Dalam ucapan sama, beliau memberitahu, kejohanan seumpamanya bukan sahaja berpotensi sebagai satu platform untuk melahirkan bakat-bakat baharu dan pelapis kepada atlet yang sedia ada, malah untuk menyuntik semangat persaingan serta amalan gaya hidup yang sihat.

    “Dalam hubungan ini, sukan itu adalah penting kerana kita juga mahu anak-anak kita mempunyai badan yang sihat..dengan badan yang sihat, mental juga akan sihat. Sihat dari segi fizikal dan mental.

    “Pendidikan juga penting, kita mesti mencapai pendidikan dan kemahiran yang tinggi, bukan sahaja kita dapat mengamalkan gaya hidup sihat, tetapi kita akan dapat menyediakan diri kita untuk berbakti kepada keluarga dan menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

    “Itulah yang kita harapkan lahir dari kegiatan-kegiatan seperti ini dan supaya kita akan dapat memupuk terus semangat hormat-menghormati dan bersatu padu antara satu dengan yang lain, walaupun kita berbeza dari segi agama, bahasa, budaya dan latar belakang,”jelasnya.

    MSSB Limbang anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Limbang ini telah dikelola oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Limbang dan Sekolah-sekolah Zon E dan Zon A daerah Limbang.

    Keputusan keseluruhan MSSB Limbang tahun ini bagi kategori sekolah menengah adalah tempat pertama dimenangi oleh SMK Trusan, Lawas; tempat kedua SMK Sundar, Lawas dan tempat ketiga SMK Seri Petiambun, Limbang.

    Manakala bagi kategori sekolah rendah, dimenangi oleh Majlis Sukan Sekolah Rendah Daerah Lawas.

    Hadir sama di majlis penangguhan itu ialah ADUN Bukit Kota; Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Limbang; Dato Henry Sum Agong, Pegawai Pendidikan Daerah Limbang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk MSSB Limbang; Mat Zinan Wahit, Pegawai Pendidikan Daerah Lawas merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk MSSB Limbang; Sawal Pandin, Pegawai Daerah Limbang; Sulaiman Engal, Pegawai Daerah Lawas; Ladin Atok, Pengetua SMK Agama Limbang merangkap Pengerusi Pengelola Kejohanan Olahraga MSSB Limbang 2023; Ustaz Abdul Rahman Abing.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Premier Sarawak ketuai deligasi dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari...

    0
    TOKYO, 16 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Tokyo, Jepun...