More
    Home Malaysia Singapura nyatakan hasrat jalin kerjasama dalam sektor air di Sarawak

    Singapura nyatakan hasrat jalin kerjasama dalam sektor air di Sarawak

    SINGAPURA, 04 OGOS 2023 (SNN): Kerajaan Singapura melalui Kementerian Tenaga Kerja Singapura merangka satu perbincangan untuk menjalin kerjasama dan mengeratkan hubungan dengan Sarawak dalam sektor pembekalan air dan elektrik.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi yang mengetuai rombongan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) selama dua hari memberitahu, kementerian Kerajaan Singapura menyatakan hasrat dan ruang mereka untuk mengadakan kerjasama dalam sektor air dan elektrik di Sarawak.

    Dalam sesi pertemuan dengan Menteri Kedua Perdagangan dan Industri Singapura merangkap Menteri Tenaga Kerja, Dr Tan See Leng di pejabat Kementerian MTI itu, kerjasama itu nanti sekaligus dapat memberi peluang kepada Sarawak dalam aspek perkongsian teknologi sektor bekalan air yang digunakan oleh Singapura.

    Datuk Julaihi dan rombongan turut mengikuti sesi taklimat dari Pengarah Kolaborasi Industri dan Teknologi di pejabat MTI Singapura.

    Dalam pada itu, Agensi Air Singapura turut menyatakan sokongan penuh terhadap usaha Persatuan Air Malaysia (MWA) untuk menjadikan Bandar Raya Kuching sebagai hos kepada Kongres Air Antarabangsa pada tahun 2028 nanti yang kini di peringkat akhir pemilihan antara Kuching (Malaysia) dan Sao Paolo (Brazil).

    Turut serta dalam rombongan rasmi selama dua hari tersebut adalah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti); Datuk Dr Abdul Rahman serta Setiausaha Tetap MUT; Jafri Lias dan Presiden MWA Sarawak; Kelvin Kuek.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelancaran Pavillion Sarawak di MWC Barcelona platform Sarawak tarik pelabur asing...

    0
    BARCELONA, 04 MAC 2025: Kerajaan Sarawak secara rasmi telah melancarkan Pavillion Sarawak sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 yang berlangsung selama empat...