More
    Home Sarawak Kuching Usaha mengindahkan Tebingan Sungai Sarawak akan diteruskan pacu ekonomi masyarakat

    Usaha mengindahkan Tebingan Sungai Sarawak akan diteruskan pacu ekonomi masyarakat

    KUCHING, 29 JULAI 2023 (SNN): Dalam usaha merancakkan lagi sektor pelancongan dan meningkatkan sumber ekonomi masyarakat setempat, kerajaan Sarawak akan memanjangkan projek pengindahan tebingan sungai bermula dari bangunan Brooke Dockyard atau Limbungan Brooke, sehingga ke Pusat Penjaja Aneka Rasa Jambatan Gantung Satok.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, projek berjumlah RM160 juta itu akan bermula pada tahun ini, dengan kos permulaan sebanyak RM10 juta yang akan mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan.

    “Sekarang kita dah ada projek tebingan sungai yang sudah mencapai kemajuan hingga ke Kampung No 3, jadi kita akan sambung..maka ia akan berpusing sehingga ke Satok, tempat penjaja di situ.

    “Siapnya projek ini kelak, kita boleh beriadah, berjoging, pasang lampu dan macam-macam lagi di tepi sungai..jadi kita mengangkat infrastruktur semua kampung dari Kampung No 2 sehingga ke Satok selain membuka peluang ekonomi kepada penduduk apabila wujudnya tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh orang ramai,” katanya.

    Beliau mengumumkan perkara tersebut semasa berucap merasmikan bangunan Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching (PASBK) di Dewan Toh Puan Hajjah Dayang Masniah, Kampung Bandarsah, pada Jumaat.

    YAB Premier Sarawak menyempurnakan simbolik replika bangunan baharu PASBK.-Foto galeri UKAS

    Dalam pada itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari juga memaklumkan berita gembira bahawa kerajaan Sarawak akan membangunkan kawasan baru di Kampung Segedup bagi menempatkan rumah mampu milik, untuk rakyat yang tidak memiliki rumah kediaman sendiri.

    Jelasnya, ia selaras dengan pembinaan jalan baharu yang menghubungkan kampung tersebut ke bulatan Emart Matang.

    “Kita bangunkan rumah yang dapat dibeli orang, harga rumah lebih kurang RM150,000 termasuk pembinaan tembok dan lain-lain kemudahan yang berkaitan, dengan jumlah RM150,000 juga.

    “Jadi nilai keseluruhan rumah lebih kurang RM300,000. Rumah ini jenis sebuah-sebuah (banglo) bukan rumah teres.

    “Malah, untuk generasi muda, yang baru berkahwin atau tidak sempat menyimpan wang, kerajaan Sarawak juga akan membayar deposit RM10,000 secara percuma. Ini bukan untuk Kampung Bandarsah sahaja, tetapi seluruh rakyat Sarawak,” jelasnya lagi.

    Menyentuh mengenai bangunan PASBK pula, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari yakin, segala perancangan aktiviti mahupun program yang dijalankan di situ dapat dilaksana dengan teratur dan menarik minat golongan muda untuk melibatkan diri dalam kesenian, kebudayaan mahupun keilmuan.

    Sementara itu, dalam majlis sama, beliau telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM1 juta kepada PASBK untuk menjalankan pelbagai program mahupun aktiviti sekaligus untuk kegunaan menambah baik kemudahan bangunan berkenaan termasuk pembelian ‘chandelier’ untuk dewan tersebut.

    Untuk rekod, bangunan PASBK ditubuhkan bagi menyambung inspirasi dan aspirasi Premier Sarawak bersama mantan Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem yang telah memberi dana awal sebanyak RM300,000 untuk pembelian tanah di Lot 98 Kampung Bandarsah pada tahun 2015.

    Penubuhannya lengkap dan sesuai untuk penganjuran pelbagai aktiviti seperti majlis walimatul urus dan aktiviti-aktiviti seni yang lain sekaligus menjadi tempat bagi melahirkan bintang seni Kampung Bandarsah.

    Turut hadir sama Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak; Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar; Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Satok; Dato Ibrahim Baki, ADUN Tanjong Datu; Azizul Annuar Adenan, Pengerusi PASBK; Abdul Rahman Zainuddin serta dif-dif kenamaan yang lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...