More
    Home Sarawak Kuching Dana sebanyak RM10.61 bilion yang dilulus di bawah KSP RMK12 fokus kepada...

    Dana sebanyak RM10.61 bilion yang dilulus di bawah KSP RMK12 fokus kepada projek bekalan air-Julaihi

    KUCHING, 14 JULAI 2023 (SNN): Jumlah keseluruhan nilai skim yang dilulus di bawah Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi projek bekalan air adalah sebanyak RM10.61 bilion.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, jumlah nilai skim tersebut membabitkan projek siling RMK-12 berjumlah RM597.2 juta yang melibatkan sebanyak 87 projek bekalan air yang merangkumi 38 projek sambungan dan 49 projek baharu.

    “Sebahagian besar projek itu dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada tahun 2025 dan dijangka siap pada tahun 2028,” katanya semasa berucap dalam Majlis Penutupan Bengkel Rancangan Pelaksanaan Bagi Cadangan Projek Bekalan Air Di Bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 pada Khamis.

    Julaihi (tengah) menerima cendera mata daripada penganjur (kementerian MUT) selepas menyempurnakan majlis penutupan rasmi Bengkel yang dijalankan selama sehari di salah satu hotel di Kuching.

    Datuk Julaihi menambah, pelaksanaan ini amat penting kerana ia merupakan salah satu pemangkin yang menjadi tunjang bagi membangunkan enam sektor ekonomi yang telah dikenal pasti di bawah PCDS 2030.

    Mengulas lanjut mengenai isu air di Sarawak, beliau memaklumkan bahawa kerajaan telah memperuntuk sebanyak RM4 bilion untuk melaksanakan Projek Rakyat yang sebahagian besarnya telah pun siap manakala selebihnya masih dalam pelaksanaan.

    Untuk rekod, bengkel tersebut telah disertai seramai 50 pegawai dari Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB), Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB), LAKU Management Sdn Bhd, Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak, Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (SRB).

    Turut hadir, Timbalan-Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Liwan Lagang dan Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Jafri Lias serta Pengarah JBALB Ir Chang Kuet Shian.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...