More
    Home Sarawak Kuching Petugas Badal Haji dinasihatkan tidak terlibat dalam operasi penipuan haji

    Petugas Badal Haji dinasihatkan tidak terlibat dalam operasi penipuan haji

    KUCHING, 01 JULAI 2023 (SNN): Petugas badal haji yang diamanahkan untuk melaksanakan haji bagi penama digesa agar tidak terlibat dengan sindiket penipuan haji sepertimana yang tular baru-baru ini.

    Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menegaskan bahawa tindakan penipuan seumpamanya tidak akan membawa manfaat kepada mana-mana pihak.

    Menurutnya, pelaksanaan ibadah haji adalah sangat penting bagi umat Islam, dan penipuan dalam konteks ini adalah suatu perbuatan yang sangat keji dan merosakkan nilai-nilai keagamaan serta moral yang dijunjung tinggi.

    Datuk Dr Abd Rahman Junaidi menyempurnakan majlis penyerahan daging korban kepada penduduk kampung.-Foto Pusat Khidmat DUN Pantai Damai

    “Saya ingin berpesan kepada umat Islam terutamanya mereka yang menjalankan tugas untuk menghantar jemaah haji, agar dapat menjalankan tugas dengan berhemah dan menggelakkan daripada berlakunya ‘scam’ seperti yang berlaku baru-baru ini.

    “Tindakan seperti ‘scam’ tersebut tidak akan mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak, malahan mendatangkan kerugian, memburukkan imej Islam serta keresahan kepada mereka yang terlibat,”tegasnya.

    Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Ibadah Korban Aidiladha anjuran PBB Cawangan N4 Pantai Damai di Kampung Bintawa Tengah, pada Jumaat.

    Turut hadir sama ialah Penghulu Kampung Bintawa Tengah; Lahan Sabu dan Ketua Kampung Bintawa Hilir; Bujang Mohammad.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...