More
    Home Sarawak Kuching Datuk Julaihi turun padang tinjau kerja baikpulih saluran paip pecah di Taman...

    Datuk Julaihi turun padang tinjau kerja baikpulih saluran paip pecah di Taman Malihah

    KUCHING, 21 JUN 2023 (SNN): Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) selepas urusan kerja rasmi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi bergegas ke lokasi kerja-kerja baik pulih saluran paip di Taman Malihah, Matang bagi meninjau kerja-kerja pembaikan yang dilakukan oleh pihak Lembaga Air Kuching (KWB).

    Menerusi satu catatan beliau di Facebook miliknya, beliau menerima aduan berhubung kejadian dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzarudin Abd Rahman semasa masih di Sibu ketika menghadiri taklimat bersama Sibu Water Berhad (SWB).

    Menurutnya, beberapa insiden paip pecah di kawasan Taman Malihah adalah disebabkan oleh tekanan air yang tinggi sewaktu masa puncak sejak siapnya ‘main connection/main pump operation di Matang.

    “Keadaan ini bertambah buruk disebabkan paip jenis AC di kawasan tersebut yang dipasang lebih 30 tahun dahulu semasa kawasan ini mula dibangun dengan projek perumahan.

    “Oleh itu, pihak KWB mengambil penyelesaian segera dengan memasang ‘ Pressure Reducing Valves (PRV) with dual pressure setting at Lorong 7 & 11’ untuk mengurangkan tekanan air tinggi semasa waktu puncak,” katanya.

    Pihak KWB sedang giat melakukan kerja penggantian saluran paip yang pecah.

    Dalam pada itu, Datuk Julaihi memaklumkan, buat sementara waktu tangki air akan diletak di beberapa tempat strategik di kawasan Taman Malihah untuk memenuhi keperluan segera.

    Katanya, PRV yang sedia ada ‘incoming pipeline’ menuju Taman Malihah akan dinaik taraf pada waktu siang dan malam.

    “Penggantian semua paip lama jenia AC sepanjang 4 kilometer akan disegerakan berdasar reka bentuk yang baru disiapkan.

    “Jadi, saya harap cadangan penyelesaian segera yang diambil ini akan mengurangkan paip pecah dan seterusnya memberi bekalan air terawat yang lebih sempurna tanpa gangguan kepada penduduk Taman Malihah dan kawasan sekitar.

    “Sesungguhnya, satu pelan jangka panjang sedang diambil untuk mengganti paip lama di seluruh Sarawak secara berperingkat-peringkat.

    “Harap semua bersabar dan berkerjasama dengan usaha kami untuk menyelesai masalah sebegini yang penuh cabaran,” jelasnya lagi.

    Turut hadir sama adalah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti); Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, pegawai-pegawai kementerian MUT dan pegawai teknikal KWB.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    0
    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal...