More
    Home Kampus Berkat menjaga ibu sakit, pelajar raih 11A SPM undang sebak netizen

    Berkat menjaga ibu sakit, pelajar raih 11A SPM undang sebak netizen

    KUCHING, 10 JUN 2023 (SNN): Setelah beberapa bulan ujian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berlalu pada 08 Jun 2023 jadi titik bersejarah buat semua calon SPM selepas keputusan keluar dan ada yang berkongsi kegembiraan atas kejayaan dicapai dan tidak kurang juga yang reda akan keputusan diterima.

    Seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, rata-rata netizen memuji dan sebak atas kejayaan yang diperoleh seorang pelajar kelahiran Kelantan apabila memperoleh keputusan cemerlang 11A dalam SPM.

    Dalam video terbabit difahamkan pelajar yang bernama Muhammad Shahril Saidi dari Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Iman, Beris Lalang, Bachok, Kelantan dilihat sedang menjaga ibunya yang terlantar akibat sakit angin ahmar di kediaman mereka.

    Lebih memilukan, anak bongsu daripada enam adik-beradik itu tidak dapat hadir untuk mengambil keputusan SPM di sekolah seperti rakan-rakan yang lain kerana lebih mengutamakan kebajikan ibunya Tuan Faridah Tuan Ismail, 53 yang telantar sejak empat tahun lalu.

    Menerusi video yang tular berdurasi 2 minit itu dapat dilihat cikgu sekolah beliau datang ke rumah membuat kejutan membawa keputusan SPM miliknya sekaligus hadiah terbesar untuknya berkat berbakti kepada orang tua.

    “Banyak-banyak video adik-adik SPM, yang ni betul-betul buat saya sebak! Semoga dipermudahkan segala urusanmu dik.”

    “Allah sentiasa bersama denganmu. Mudah-mudahan terus cemerlang mengejar cita-cita.”

    Inilah antara komen-komen kata semangat pengguna tiktok bagi video yang tular untuk adik Muhammad Shahril.

    Difahamkan, Muhammad Shahril mendapat keputusan penuh semua A’s itu bagi subjek mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains, Sejarah, Syariah, Usuluddin, Manahu al-Ulum Al-Islamiah, Al-Adab Wal Al-Balaghah, Bahasa Inggeris, Matemaik, Syariah dan Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah.

    “Saya dan adik-beradik lain memang mengambil tanggungjawab menjaga ibu sejak dia sakit lagi.

    “Rutin setiap pagi saya adalah memandikan ibu sebelum pergi ke sekolah dan melakukan tugas sama apabila pulang dari sekolah.

    “Tiada apa yang mengubah rutin hidup saya walaupun ketika ibu sedang sakit kerana saya memang suka berada di rumah menemaninya,” ujar Shahril.

    Pengetua sekolah tersebut, Noor Ruziana Ismail berkata, pada mulanya pihak sekolah mahu menziarah selepas mendapat tahu ibu Muhammad Shahril sakit terlantar.

    Malah kedatangan mereka juga bertujuan menjemput pelajar berkenaan untuk hadir ke sekolah dan mengambil keputusan.

    “Bagaimanapun, selepas mengetahui situasi Muhammad Shahril, kami sepakat menghantar keputusan SPM ke rumahnya pada Jumaat dan tidak menyangka video tersebut tular,” ujarnya.

    Semoga adik Shahril terus bersemangat mencapai impian dan diharapkan kisahnya dapat menjadi contoh serta teladan kepada anak-anak muda di luar sana lebih-lebih lagi berlaku ihsan dan hormat kepada orang tua kerana keberkatan itu awalnya datang daripada ibu-bapa.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...