More
    Home Sarawak Betong Kembangkan industri gula apong bantu tingkatkan ekonomi masyarakat sekitar Pusa

    Kembangkan industri gula apong bantu tingkatkan ekonomi masyarakat sekitar Pusa

    PUSA, 30 MEI 2023 (SNN): Industri penghasilan gula apong perlu dinaiktaraf ke peringkat yang lebih tinggi kerana ia mampu meningkatkan sumber pendapatan masyarakat setempat.

    Memetik laporan UKAS, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor memberitahu, industri ini mempunyai ppotensi untuk dibangunkan kerana ia mampu memberi pendapatan yang lumayan kepada penduduk tempatan.

    “Di Sarawak ini terdapat lebih 150,000 hektar adalah ditumbuhi tumbuhan pokok nipah, maka kelebihan ini perlu dimanfaatkan oleh kerajaan bagi membangunkan industri ini secara besar-besaran.

    “Selain mampu membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk di sekitar pesisir ia turut dapat membuka peluang negeri ini untuk eksport hasil gula apong ke luar negeri,” katanya semasa berucap pada Program Pembangunan Komuniti Nipah (Transformasi Ekonomi Luar Bandar) di Kampung Tambak, Pusa pada Isnin.

    Antara salah satu produk yang dihasilkan dari sumber nira nipah (apong) yang mampu dikomersialkan.-Foto UKAS.

    Tambahnya, pengusaha juga perlu mengambil peluang dengan menjadikan pokok nipah sebagai ladang yang perlu dibesarkan serta dijadikan produk pelancongan jika dijaga dan dikomersialkan.

    Ujarnya, beliau berharap pengusaha gula apong di Kampung Tambak, Pusa memanfaatkan program seperti ini untuk mempelajari ilmu tentang produk berasaskan gula apong selain ilmu pemasaran yang mampan agar terus maju dan terkenal di seluruh negara.

    Turut hadir sama ADUN Kabong; Mohd Chee Kadir, Timbalan Residen Bahagian Betong; Mahra Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Craun Research Sdn. Bhd; Zaidell Hussain dan Pemanca Daerah Pusa; Awang Raziee Awang Zin.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak guna teknologi terkini fokus jana ekonomi berteraskan air

    0
    KUCHING, 23 OKTOBER 2024: Sarawak kini memberi tumpuan kepada pengurusan air yang mampan serta penggunaan teknologi terkini dalam usaha memperkukuhkan ekonomi berteraskan air. Premier Sarawak,...