More
    Home Sarawak Kuching Seni Budaya Masyarakat pelbagai kaum di Sarawak menonjol di pentas dunia

    Seni Budaya Masyarakat pelbagai kaum di Sarawak menonjol di pentas dunia

    KUCHING, 11 MEI 2023 (SNN): Seni Budaya Masyarakat Sarawak di pameran Minggu Kraf London menonjol dengan mempamerkan kain songket, keringkam, anyaman serta seni budaya kaum lain di negeri ini.

    Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, ia satu perkara yang amat mengagumkan apabila para pembesar yang menghadiri pertabalan Raja Charles juga berkesempatan melihat Minggu Kraf London dari negara komanwel dan Malaysia diwakili oleh Sarawak, Pahang dan Terengganu.

    “Apa yang saya nak bawa adalah apabila kita mempunyai seni budaya yang begitu halus dan yang mempengaruhi tamadun manusia maka sudah tentu nilai harganya begitu tinggi. Seni budaya Melayu yang halus ini haruslah dipertahankan dan diperbaiki bersama dengan rakan etnik yang lain.

    “Sebagai contoh songket keringkam dan pua kumbu mencerminkan perpaduan masyarakat bumiputera yang ada di Sarawak, maka dengan itu adalah menjadi tanggungjawab kita generasi sekarang untuk memperbaiki keadaan kita dari sudut seni budaya di samping kedudukan status ekonomi bangsa kita,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam Majlis Samarindok Aidilfitiri Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) 1444H/2023 di Hotel Pullman Kuching pada Rabu.

    Premier Sarawak dan isteri diiringi Pengurus Besar AKYBMS melihat pameran alat tradisional masyarakat Melayu Sarawak.

    Tambah beliau lagi, Sarawak satu-satunya negeri yang mempunyai rancangan televisyen sendiri oleh kerana ini kita perlu guna saluran itu untuk beri peringatan kepada generasi kita tentang sejarah silam yang menjadi asas untuk kita mengejar masa hadapan.

    Justeru beliau berharap dengan perpaduan yang kukuh, sudah pasti Sarawak akan menjadi kuasa ekonomi di Malaysia.

    Turut hadir isteri Peremier Sarawak; Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta isteri Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan; Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan (MINTRED); Datuk Mohd Naroden Majais dan Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak; Prof. Madya Datu Dr Hj Sanib Bin Hj Said.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Abang Jo harap lebih ramai akauntan tempatan sertai usaha Kerajaan Sarawak...

    0
    KUCHING, 14 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyeru lebih ramai akauntan tempatan...