SEBUYAU, 06 MEI 2023 (SNN): Pasukan Kembara 11 dinobatkan sebagai juara sempena Kejohanan Bola Sepak Piala YB Datuk Haji Julaihi apabila berjaya menewaskan cabaran skuad KS F.T menerusi jaringan 3-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di padang bola sepak, Kampung Lutong Sebangan pada petang Khamis.
Naib juara pula membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000, piala dan jersi manakala skuad Sukma FC berjaya merebut tempat ketiga dengan membawa piala, wang tunai RM1,500 serta jersi dan tempat keempat pula disandang pasukan Slim River dengan membawa wang tunai RM700 dan piala.
Hadiah kepada kedua-dua pasukan telah disempurnakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi.
Pada kejohanan kali ini sebanyak 50 pasukan telah menyertai pertandingan bola sepak yang berlangsung selama 10 hari bermula sejak tiga syawal lepas.
“Saya berharap dengan penganjuran pertandingan seperti ini sedikit sebanyak dapat menyumbang ke arah pembangunan sukan untuk belia dan Sarawak,” ujar beliau.