More
    Home Malaysia Sesi libat urus KKM bersama golongan profesional di Kuching akan diadakan bagi...

    Sesi libat urus KKM bersama golongan profesional di Kuching akan diadakan bagi membincangkan isu kesihatan awam

    MIRI, 27 APRIL 2023 (SNN): Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan sesi libat urus bersama golongan doktor, ahli akademik dan pihak berkepentingan lain berkaitan aspek kesihatan awam di Kuching esok.

    Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, sesi libat urus itu dianjurkan selaras dengan pembentangan Kertas Putih Kesihatan (HWP) yang bakal dilakukan dalam Persidangan Dewan Rakyat pada 22 Mei hingga 15 Jun ini.

    “Dalam sesi libat urus ini, kita akan membentangkan dasar-dasar yang penting berkenaan HWP.

    “Kita juga akan mengambil maklum balas, pandangan dan soalan daripada semua pihak bagi memudahkan susunan dan aturan pandangan tersebut,” jelasnya ketika ditemui pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya pada Rabu.

    Premier Sarawak menyempurnakan Majlis Rumah Terbuka anjuran MP Sibuti pada Rabu.

    Menurut Lukanisman, sesi libat urus itu juga nanti akan diteruskan di Sabah (Kota Kinabalu) diikuti Pulau Pinang, dan Johor sebelum sesi terakhir diadakan di Putrajaya.

    Dalam pada itu, beliau memberitahu, KKM juga akan melancarkan portal kertas putih yang antara lain akan menyerlahkan perkara berkenaan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan yang amat dituntut oleh barisan pengamal kesihatan.

    Hadir sama memeriahkan majlis adalah Premier Sarawak; Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Julaihi Narawi, Menteri Pengangkutan Sarawak; Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imegresen dan Pemantaun Projek); Datuk Gerawat Gala, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan dif-dif kenamaan lain.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...