More
    Home Sarawak Kuching Kawasan Kuala Rajang berpotensi dibangunkan sebagai pusat penghasilan biofuel dari alga.

    Kawasan Kuala Rajang berpotensi dibangunkan sebagai pusat penghasilan biofuel dari alga.

    KUCHING, 24 APRIL 2023 (SNN): Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang berpotensi dibangunkan sebagai pusat pembiakan alga bagi menghasilkan biofuel.

    Timbalan Menteri Perancang Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, faktor kawasan tersebut yang terletak di pesisir juga memainkan peranan dalam mempermudahkan pembiakan alga.

    “Kajian dalam jurusan ini sedang dijalankan dan ia dapat dikomersialkan pada masa akan datang.

    “Kita mempunyai persekitaran yang begitu baik untuk memastikan pengeluaran alga ini dapat dimanfaatkan dari segi ekonomi dan sebagainya,” ujarnya semasa ditemui pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamannya, di sini pada Ahad.

    Selain itu, beliau yang juga ADUN Kuala Rajang berkata, hutan paya bakau yang terdapat di kawasan tersebut juga boleh dimanfaatkan untuk aktiviti perdagangan karbon.

    Katanya ia kerana hutan paya bakau mempunyai 10 kali ganda penyimpanan karbon sekiranya dibandingkan dengan hutan yang lain.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Muhammad Nazmi, Guru dari Sarawak Tersenarai 10 Finalis Anugerah Guru Global...

    0
    KUCHING, 31 JANUARI 2025 (SNN): Terkenal dengan pendekatan pengajaran dalam bilik darjah yang inovatif dan pelbagai inisiatif pacu pembangunan komuniti, seorang pendidik dari Sarawak,...