More
    Home Malaysia Ikatan Graduan Melayu Sarawak santuni golongan asnaf sempena Program Sumbangan Kasih Ramdan...

    Ikatan Graduan Melayu Sarawak santuni golongan asnaf sempena Program Sumbangan Kasih Ramdan 2023

    SERIAN, 16 APRIL 2023 (SNN): Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) menyantuni golongan asnaf dengan menyampaikan sumbangan di sekitar Serian dengan kerjasama daripada Masjid Nurul Ehsan Taman Anggerik di sini hari ini.

    Program Sumbangan Kasih Ramadan merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan oleh IGMS setiap kali tiba bulan ramadan sebagai tanda membantu meringankan beban golongan asnaf selain sebagai tangunggjawab sosial kepada masyarakat yang kurang mampu.

    IGMS dalam kenyataannya memberitahu, seramai 44 orang penerima yang terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal dan anak yatim dari Kampung Hilir, Kampung Sorak Melayu dan Kpg Tebakang Melayu telah menerima sumbangan berkenaan.

    Bakul makanan yang akan diagihkan kepada penerima yang terpilih dalam program berkenaan.

    Kata kenyataan itu lagi, pihaknya amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dan para penyumbang yang bersama-sama memastikan program tersebut berjalan dengan jayanya. Tidak dilupakan juga kepada Biro Sosial yang bertungkus lumus menjalankan program ini dalam usaha memastikan golongan kurang bernasib baik terus dibantu.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...