More
    Home Malaysia Datuk Julaihi agih bubur pedas dan berbuka puasa bersama penduduk Sebuyau

    Datuk Julaihi agih bubur pedas dan berbuka puasa bersama penduduk Sebuyau

    SEBUYAU, 04 APRIL 2023 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap ADUN Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkesempatan meluangkan masa untuk sama-sama memasak bubur pedas secara gotong-royong di perkarangan Dewan Pembangunan Sebuyau sebelum diagihkan kepada masyarakat setempat.

    Acara berkenaan adalah sudah menjadi rutin wajib setiap kali tiba bulan puasa sebagai tanda kesyukuran selain berkongsi bersama-sama masyarakat di sekitar Sebuyau sebagai juadah berbuka.

    Datuk Julaihi turut berpeluang mengikuti acara ‘menguar’ bubur pedas bersama penduduk kampung.

    Pada sebelah petang pula, Datuk Julaihi dan rombongan turut berpeluang berbuka puasa bersama-sama masyarakat Sebuyau yang terdiri dari pelbagai latar belakang di Masjid Baharu Sebuyau.

    Usai majlis berbuka, beliau bersama-sama para tetamu beragama Islam menunaikan solat fardhu berjemaah dan seterusnya solat sunat tarawih.

    Turut hadir bersama adalah Residen Bahagian Samarahan; Irwan Bahari, SUT Kementerian Utiliti & Telekomunikasi; Jafri Bin Lias, SAO Tahir Putih, SAO Ajis Ahmad, Pemanca Asli Yahya, Penghulu Hj Abu Seman Suhaili, Penghulu Abdul Hamid Zaini, Timbalan Ketua Cawangan PBB Sebuyau; Ariffin Takip dan para pemimpin tempatan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Muhammad Nazmi, Guru dari Sarawak Tersenarai 10 Finalis Anugerah Guru Global...

    0
    KUCHING, 31 JANUARI 2025 (SNN): Terkenal dengan pendekatan pengajaran dalam bilik darjah yang inovatif dan pelbagai inisiatif pacu pembangunan komuniti, seorang pendidik dari Sarawak,...