More
    Home Sarawak Kuching Kadar tarif air bersubsidi di Sarawak antara yang termurah diberikan kerajaan-Julaihi

    Kadar tarif air bersubsidi di Sarawak antara yang termurah diberikan kerajaan-Julaihi

    KUCHING, 18 FEBRUARI 2023 (SNN): Kadar tarif air bersubsidi untuk pengguna domestik yang dikenakan oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) antara yang termurah di negeri ini bagi meringankan beban rakyat.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi memberitahu, kadar tarif air 44 sen bagi setiap 1,000 liter yang dikenakan oleh JBALB kepada pengguna domestik mengandungi elemen subsidi sebanyak 55 sen atas inisiatif kerajaan negeri.

    “Kos belian air JBALB samada daripada Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB) dan Laku Management adalah sebanyak 99 sen setiap 1,000 liter.

    “Ini bermakna setiap 44 sen yang dikenakan ke atas tarif air itu mengandungi subsidi sebanyak 55 sen yang ditanggung oleh Kerajaan Sarawak sebagai usaha membantu meringankan beban pengguna.

    Beliau berkata sedemikian ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi JBALB sempena penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada kakitangan JBALB di Hotel Pullman, Kuching baru-baru ini.

    Datuk Julaihi menyampaikan sijil penghargaan APC kepada salah seorang kakitangan JBALB.

    Mengulas lanjut, Julaihi turut menjelaskan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) telah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Persekutuan menjadi Jabatan Teknikal di Sarawak.

    “Walaupun baru berusia lapan tahun tetapi ini merupakan satu langkah, penghargaan dan juga kejayaan kerana selain daripada JBALB, JKR dan DID juga mendapat pengiktiran yang sama sebagai jabatan teknikal oleh kerajaan pusat.

    “Saya percaya bahawa kemampuan JBALB setimpal dengan kejayaan, kebolehan dan keupayaan mana-mana tenaga teknikal yang berada di Malaysia ataupun di mana-mana sahaja kerana saya percaya anda juga layak seperti jabatan teknikal yang lain,” jelasnya.

    Turut hadir sama kedua-dua Timbalan Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Liwan Lagang serta Pengarah JBALB Sarawak; Ir Chang Kuet Shian.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Ahli Parlimen Lawas gesa Kerajaan Pusat laksanakan segera projek mega di...

    0
    KUALA LUMPUR, 25 OKTOBER 2024: Kerajaan Persekutuan digesa untuk melaksanakan segera projek mega dan projek jalan raya di Parlimen Lawas yang telah diluluskan. Ahli Parlimen...