More
    Home Malaysia Projek bekalan air di Miri yang dijangka siap penghujung tahun ini mampu...

    Projek bekalan air di Miri yang dijangka siap penghujung tahun ini mampu memenuhi permintaan air bersih di kawasan itu-Julaihi

    MIRI, 16 FEBRUARI 2023 (SNN): Pelaksanaan projek rakyat ‘The Proposed Miri Water Supply Source Development Phase 2, Miri Division’ akan dapat menampung permintaan bekalan air bersih yang semakin meningkat di Miri.

    Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi, projek tersebut dilaksanakan dengan kos hampir RM227 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

    “Paip sebesar 1.2 meter telah digunakan untuk projek ini bagi mengambil air mentah daripada Sungai Baram menuju ke pusat pengumpulan di Sungai Bakong iaitu sepanjang 15 kilometer.

    “Sumber tersebut kemudiannya akan dihantar ke Sungai Liku sebelum akhirnya ke loji air di Lambir untuk diproses menjadi air bersih,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek tersebut pada Rabu.

    Julaihi bersama rombongan meninjau tapak projek penyambungan batang paip yang akan memenuhi permintaan air bersih semakin meningkat di Miri.

    Datuk Julaihi turut menambah, projek itu akan meningkatkan kapasiti pengeluaran bekalan air kepada 300 juta liter sehari (MLD) setelah siap nanti.

    Hadir sama pada lawatan kerja tersebut ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Liwan Lagang, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Jafri Lias, Pengarah JBALB Sarawak Ir Chang Kuet Shian dan Timbalan Residen Miri Juan Abit.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak guna teknologi terkini fokus jana ekonomi berteraskan air

    0
    KUCHING, 23 OKTOBER 2024: Sarawak kini memberi tumpuan kepada pengurusan air yang mampan serta penggunaan teknologi terkini dalam usaha memperkukuhkan ekonomi berteraskan air. Premier Sarawak,...