More
    Home Sarawak Kuching Tuntutan Perjanjian MA63 tetap dipertahankan demi kebaikan rakyat Sarawak-Abang Johari

    Tuntutan Perjanjian MA63 tetap dipertahankan demi kebaikan rakyat Sarawak-Abang Johari

    KUCHING, 01 JANUARI 2023 (SNN): Kerajaan Sarawak akan terus tetap mempertahankan tuntutan terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan tidak menerima sebarang rundingan atas tuntutan yang tertentu demi kebaikan Negeri Sarawak.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, tuntutan terhadap MA63 merupakan hak yang utama kepada rakyat Sarawak.

    Tegasnya, terdapat beberapa perkara yang dapat diadakan sesi rundingan akan tetapi berkaitan dengan hak tanah dan imigresen tidak boleh dipertikaikan.

    Dalam pada itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari berkata bahawa Sarawak akan terus makmur dalam kepelbagaian agama, bangsa dan kepercayaan tersendiri.

    “Sarawak merupakan negeri paling stabil dalam era tahun 2022. Sarawak kini terus berkembang dalam sektor pembangunan infrstruktur, jalan raya Pan Borneo dan sebagainya.

    “Sarawak juga telah mewujudkan ‘Sovereign Wealth Future Fund’ untuk ekonomi yang dibangunkan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2023 di Stadium Perpaduan, Petrajaya Kuching pada Sabtu.

    Beliau turut menegaskan bahawa pihak kerajaan akan terus komited memfokuskan dalam peningkatan sektor pendidikan untuk semua pelajar.

    Menyentuh perkara lain, Premier Sarawak turut mendedahkan bahawa Sarawak akan mengeluarkan sebanyak 100,000 tan hidrogen menjelang 2025.

    “Tenaga hijau ini merupakan usaha Kerajaan dalam meningkatkan sektor perdagangan dan ekonomi Sarawak,” tegasnya lagi.

    Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir ke sambutan malam tersebut.

    Pengunjung yang hadir disajikan dengan pelbagai persembahan tarian, selain dihiburkan dengan paduan suara dua penyanyi tersohor negara, Dato Awie dan Dato Aisyah serta artis tempatan dan alunan muzik instrumen klasik.

    Dianggarkan kira-kira 3500 orang hadir di perkarangan dataran dan Stadium Perpaduan untuk turut sama memeriahkan sambutan tersebut.

    Sambutan diakhiri dengan kiraan detik dan disertakan dengan percikan bunga api tepat jam 12 tengah malam.

    Turut hadir Isteri Premier Sarawak Datuk Amar Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan isteri Dato Doreen Mayang, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri Datin Zuraini Abdul Jabbar, Menteri Kerja Raya Malaysia Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Industri Makanan, Komoditi, Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta isteri, Datin Amar Hajah Baduyah Bujang, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datu Hii Chang Kee serta kenamaan yang lain.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...