More
    Home Malaysia Baikpulih benteng banjir yang bocor akibat air pasang besar di Asajaya siap...

    Baikpulih benteng banjir yang bocor akibat air pasang besar di Asajaya siap sepenuhnya

    KOTA SAMARAHAN, 28 DISEMBER 2022 (SNN): Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Samarahan telah siap membaik pulih benteng atau ring bund di Kampung Asajaya Ulu yang bocor baru-baru ini.

    Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang memberitahu, kebocoran dan kerosakan yang berlaku itu adalah berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku pada Sabtu dan Ahad lepas.

    Benteng Banjir yang bocor sehingga mengakibatkan kira-kira 30 buah rumah di situ dinaiki air siap dibaiki.

    “Terima kasih kepada DID Samarahan atas tindakan pantas dan kerja baikpulih yang disegerakan.

    “Diharapkan agar fenomena air pasang besar yang akan berlaku semula nanti tidak akan membawa impak yang terlalu besar kepada penduduk setempat,” katanya dalam satu hantaran akaun Facebook milik beliau pada Selasa.

    Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia itu menambah, beliau berharap projek-projek yang telah dicadangkan di bawah Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) dalam menaiktaraf benteng-benteng itu bukan sahaja di Asajaya Ulu malahan kawasan lain termasuk Kampung Tambey dapat diusahakan dan disegerakan.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...