More
    Home Sarawak Kuching Malam Kebudayaan Panglima Nikosa 2022 satu platform khas mengumpulkan rakan strategik serta...

    Malam Kebudayaan Panglima Nikosa 2022 satu platform khas mengumpulkan rakan strategik serta penggiat budaya dan warisan Melayu di Sarawak

    KUCHING, 22 DISEMBER 2022 (SNN): Malam Kebudayaan Panglima Nikosa 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Raia pada Rabu telah dipentaskan bagi menyemarakkan warisan seni kebudayaan Melayu serta mengumpulkan rakan strategik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS).

    Program anjuran AKYBMS itu merupakan majlis khas yang diadakan sebagai penutup wacana intelektual Kolokium Novel Melayu Pertama Di Dunia yang dihasilkan oleh Ahmad Shawal pada tahun 1876 di Kuching Sarawak.

    Berucap pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan AKYBMS merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS, Datuk Abdul Wahab Aziz berkata, ia juga menjadi pentas khas pengumpulan kumpulan rakan strategik AKYBMS dan pihak berkaitan.

    “Malam Kebudayaan Panglima Nikosa 2022 ini merupakan pentas khas pengumpulan kumpulan rakan strategik AKYBMS termasuk ahli profesional, penggiat sastera, penggiat budaya dan warisan, kelab belia Melayu serta syarikat yang terlibat bersama AKYBMS.

    “Pelbagai acara kebudayaan yang disusun khas untuk menambah seri dalam Malam Kebudayaan Panglima Nikosa 2022 seperti deklamasi sajak, lagu puisi dan dendangan syair,” katanya.

    Jelas beliau, acara ini adalah sejajar dengan objektif teras AKYBMS iaitu menyemarakkan warisan seni kebudayaan untuk membentuk bangsa Melayu Sarawak tanpa masalah sosial serta sejahtera di dunia dan di akhirat.

    Turut hadir Pengurus Besar AKYBMS; Datu Dr. Sanib Said, Yang Di-Pertua Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS); Dr. Wan Ali Tuanku Madhi, Ahli Lembaga Penasihat Majlis Seni Sarawak; Sai’ee Driss dan Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka Cawangan Sarawak; Abang Hadiman Abang Julai.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    0
    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal...