More
    Home Malaysia Julaihi menggesa agar KPM segerakan pembinaan semula SMK Sebuyau

    Julaihi menggesa agar KPM segerakan pembinaan semula SMK Sebuyau

    SEBUYAU, 20 DISEMBER 2022 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi menggesa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan segerakan pembinaan semula Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau bagi menggantikan sekolah lama yang daif.

    Menerusi satu perkongsian ciapan di laman Facebook milik beliau tersebut menjelaskan, perkara berhubung pembinaan semula SMK Sebuyau sudah banyak kali disuarakan agar disegerakan pembinaannya susulan bangunan lama sekolah yang sedia ada sudah tidak selamat digunakan dan daif.

    “Pihak berwajib sudahpun sedia maklum berhubung perkara ini bahkan peruntukan untuk membina semula sekolah terbabit sudahpun diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) serta tapak baru di Bandar Baharu Sebuyau sudah lama tersedia.

    “Apa yang menjadi persoalan sekarang ini adalah apakah sebenarnya perkara yang menghambat dan melambatkan proses pembinaan semula sekolah berkenaan. Saya sendiri amat kecewa tentang kelewatan pelaksanaan projek ini kerana ia satu keperluan yang disegerakan untuk penduduk sekitar Sebuyau,” jelas beliau dalam satu kenyataan yang dikongsikan baru-baru ini.

    Ciapan yang dikongsikan oleh Datuk Julaihi berhubung status terkini pembinaan semula SMK Sebuyau.

    Julaihi yang juga ADUN Sebuyau itu menambah, kegusaran berhubung keselamatan dan keadaan bangunan SMK Sebuyau yang daif ini sudah disiarkan di beberapa akhbar tempatan sejak tahun 2014 lagi malah masih tidak ada tindakan sewajarnya diambil oleh pihak berwajib.

    Justeru, beliau memohon agar Kerajaan Pusat yang baharu ini serta pihak KPM bertindak segera supaya keperluan dan keadaan kondusif untuk belajar dan mengajar dalam kalangan pelajar dan guru diambil segera kerana mereka berhak untuk mendapat perhatian daripada pihak KPM.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    0
    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal...