More
    Home Sarawak Limbang Keharmonian pelbagai kaum di negeri ini harus dikekalkan-Awang Tengah

    Keharmonian pelbagai kaum di negeri ini harus dikekalkan-Awang Tengah

    LIMBANG, 19 DISEMBER 2022 (SNN): Keunikan masyarakat Sarawak dengan latar belakang yang pelbagai tidak menjadi penghalang untuk hidup bersama dalam keadaan aman dan harmoni.

    Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, rakyat negeri ini dapat hidup bermasyarakat dengan saling menghormati dan bertoleransi antara satu sama lain.

    “Ramai dalam kalangan kita ini mempunyai ikatan kekeluargaan walaupun berbeza adat resam, budaya, latar belakang ataupun fahaman agama.

    “Masyarakat di sini boleh hidup di bawah satu bumbung yang sama. Justeru, kita harus mempertahankan keharmonian serta nilai-nilai murni kehidupan bermasyarakat ini,” jelasnya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Pra-Krismas 2022 di Dewan Saint Edmund, Limbang pada Sabtu.

    Timbalan Premier turut menyampaikan sumbangan Krismas kepada 40 Orang Kelainan Upaya (OKU) dari kalangan umat gereja.

    Ahli Dewan Undangan Bukit Sari itu menambah, masyarakat dan kerajaan perlu berganding tenaga untuk fokus dalam melaksanakan pembangunan fizikal, sosial, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan juga aspek-aspek lain yang berkaitan.

    Majlis tersebut telah dihadiri kira-kira 800 orang yang terdiri daripada umat pelbagai mazhab Kristian yang terdapat di daerah Limbang seperti Roman Katolik, SIB, Anglican dan Methodist.

    Dalam pada itu, Datuk Amar Awang Tengah turut menyumbangkan cek berjumlah RM1.3 juta kepada 12 buah gereja dan chapel yang terdapat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau.

    Turut hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Limbang; Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN Bukit Kota; Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau; Paulus Palu Gumbang dan dif-dif kenamaan yang lain.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    0
    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal...