More
    Home Sarawak Kuching Siti Hurrairah, wanita kelahiran Sarawak pertama dilantik sebagai Pengerusi Shell Malaysia baharu

    Siti Hurrairah, wanita kelahiran Sarawak pertama dilantik sebagai Pengerusi Shell Malaysia baharu

    KUCHING, 16 DISEMBER 2022 (SNN):Siti Hurrairah Sulaiman anak kelahiran Kuching, Sarawak sekaligus menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi Negara Shell Malaysia yang baharu berkuat kuasa 1 Januari 2023.

    Pelantikan Siti Hurrairah akan menggantikan Datuk Ivan Tan, yang akan memegang jawatan sebagai Naib Presiden Eksekutif, Telaga, bagi Shell Group.

    Shell Malaysia dalam satu kenyataan berkata, Siti Hurrairah juga akan berperanan menyelia semua perniagaan Shell Malaysia di samping menggalas tugasnya sebagai Naib Presiden Kanan Perniagaan Huluan di Malaysia.

    Siti Hurrairah yang bermula di Shell sebagai pemegang biasiswa syarikat itu dan menamatkan pengajian daripada Imperial College di London dengan ijazah kelas pertama dalam kejuruteraan mekanikal dan memulakan kerjayanya sebagai Jurutera Operasi di Bahagian Huluan Shell Malaysia.

    Pada waktu awal kerjayanya, beliau berperanan dalam sektor pembangunan, perancangan, komersial dan strategi di United Kingdom dan Malaysia.

    Kemudian pada 2011, beliau telah dilantik sebagai Pengurus Aset Malaysia wanita pertama dan Pengarah Sabah Shell Petroleum Company Limited, yang bertanggungjawab ke atas operasi minyak dan gas huluan Shell di Sabah.

    Pada 2015, Siti berpindah ke London sebagai pengurus operasi komersial dalam perniagaan Perdagangan dan Pembekalan Shell dan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan komersial global untuk Kumpulan Shell.

    Beliau seterusnya dilantik sebagai Naib Presiden, Usaha Gas Bersepadu Timur yang bertanggungjawab ke atas pelbagai portfolio usaha sama Shell merentasi pelbagai negara di Timur, sebelum mengambil alih peranan semasa beliau sebagai Naib Presiden Operasi Aset Teknikal yang berperanan menyelia sebuah syarikat gergasi global organisasi teknikal yang menyokong aset dan unit operasi di seluruh Kumpulan Shell.

    Pada masa sama, Shell Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Dato Ivan atas kepimpinan, komitmen, dan sumbangan beliau kepada perniagaan di Malaysia, dan mengucapkan tahniah kepada beliau atas peranan baharunya sebagai Naib Presiden Eksekutif dalam Shell Group.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    0
    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal...