More
  • Malaysia
Home Malaysia Manfaatkan geran MRP yang disediakan kerajaan untuk pembangunan kawasan kampung masing-masing-Julaihi

Manfaatkan geran MRP yang disediakan kerajaan untuk pembangunan kawasan kampung masing-masing-Julaihi

TELANG USAN, 14 DISEMBER 2022 (SNN): Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang diberikan oleh kerajaan harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi melaksanakan projek pembangunan kecil di kawasan masing-masing.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi yang berkesempatan menyampaikan cek geran berkenaan bagi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan dan Belaga menjelaskan geran yang disediakan adalah bertujuan bagi pembangunan untuk kawasan luar bandar.

Datuk Julaihi menyampaikan cek geran MRP kepada kedua-dua ADUN Belaga dan Telang Usan.

“Cek geran MRP yang disampaikan ini adalah untuk pertubuhan dan jawatankuasa seperti Persatuan Ibu-Bapa dan Guru, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung dan Jawatankuasa Tempatan bagi kedua-dua DUN berkenaan untuk melaksanakan projek atau program kemasyarakatan.

“Ini membuktikan kerajaan negeri komited untuk membantu rakyat di kawasan luar bandar melalui penyediaan geran MRP dan RTP bagi membolehkan projek-projek kecil rakyat dapat dilaksanakan,” jelas beliau ketika mengadakan lawatan kerja di Long Loyang dan Long Busang Ulu baru-baru ini.

Ujar Julaihi lagi, beliau berharap dengan geran yang diterima terbabit akan dapat membantu sedikit sebanyak persatuan dan pertubuhan melaksanakan program dan manfaatkan dengan sebaik mungkin.

Leave A Reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Must Read

Sarawak diminta eksport tenaga elektrik ke Filipina melalui Sabah

0
KUCHING, 18 FEBRUARI 2025: Kerajaan Sarawak diminta untuk mengeksport tenaga elektrik ke Filipina dari Miri melalui Sabah menerusi satu pelaksanaan projek yang dijangka bermula...