KUCHING, 21 NOVEMBER 2022 (SNN): Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 akan diadakan selama lapan hari bermula ini 21 November 2022 sehingga 30 November depan.
Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, sebanyak enam Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentangkan pada persidangan kali ini.
“RUU yang akan dibentangkan ialah RUU Bekalan (2023) 2022, ‘Electronic Sarawak Government Activities Bill 2022’, RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan)(No.2) 2022, ‘Sarawak Sovereign Wealth Future Fund Board Bill 2022’, ‘Sarawak Timber Industry Development Corporation (Amendment) Bill 2022’, dan RUU Kesihatan Awam Veterinar (Pindaan) 2022,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini pada Ahad.
Jelasnya, bacaan kali pertama bagi kesemua RUU tersebut akan dilakukan pada hari pertama persidangan iaitu 21 November 2022.
Beliau mengulas lanjut, bacaan kali pertama bagi kesemua RUU tersebut akan dilakukan pada Isnin ini manakala bacaan kali kedua dan ketiga bagi RUU Bekalan (2023) 2022 masing-masing dilakukan pada hari pertama dan hari kelapan persidangan.
“Bagi ‘Electronic Sarawak Government Activities Bill 2022’, RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan)(No.2) 2022 dan ‘Sarawak Sovereign Wealth Future Fund Board Bill 2022’, bacaan kali kedua dan ketiga akan dilakukan pada hari kedua persidangan,” tambahnya.
Manakala Speaker DUN Sarawak mengulas lanjut, ‘Sarawak Timber Industry Development Corporation (Amendment) Bill 2022’ dan RUU Kesihatan Awam Veterinar (Pindaan) 2022 akan dibaca buat kali kedua dan ketiga pada hari ketiga persidangan.-UKAS.