More
    Home Malaysia Pentas SAMArindok AKYBMS 2022 disambut meriah dengan lebih 500 orang pengunjung

    Pentas SAMArindok AKYBMS 2022 disambut meriah dengan lebih 500 orang pengunjung

    SIBU, 12 NOVEMBER 2022 (SNN): Siri Jerayawara Pentas SAMArindok Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak 2022 telah dibuka dengan penganjuran pertamanya di DUN Nangka, Sibu pada Jumaat.

    Pentas SAMArindok AKYBMS 2022 dengan kerjasama daripada Pusat Khidmat DUN N55 Nangka dalam menjayakan program berkenaan yang berlangsung di Taman Harmoni, Sibu mendapat sambutan yang sangat meriah yang dihadiri lebih 500 orang pengunjung.

    Majlis terbabit turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Nangka merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS, Datuk Dr Annuar Rapa’ee yang turut memeriahkan suasana dengan pengisian program santai bersama masyarakat.

    Pentas SAMArindok AKYBMS 2022 di DUN Nangka dibawakan khusus untuk kesemua lapisan masyarakat yang mana dipertontonkan persembahan kumpulan muzik, tarian kebudayaan etnik serta persembahan gendang.

    Acara kemuncak yang dimeriahkan dengan bertandak beramai-ramai dari warga Sibu yang hadir

    Di akhir majlis yang berlangsung lebih satu jam itu, warga Sibu yang hadir tidak melepaskan peluang untuk turut serta bertandak secara beramai-ramai.

    AKYBMS berharap penganjuran seperti itu akan membawa lebih banyak lagi kerjasama antara AKYBMS dengan pihak lain bagi memperkenalkan keunikan budaya Melayu selain menjalin hubungan erat antara kaum.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pengiktirafan Bank Dunia bukti dasar pembangunan Kerajaan Sarawak di landasan yang...

    0
    SARATOK, 17 NOVEMBER 2024 (SNN): Dasar pembangunan Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) oleh Bank Dunia tahun lepas membuktikan kerajaan negeri...