More
    Home Malaysia Penyandang kerusi Parlimen Kota Samarahan dicabar calon dari Pakatan Harapan satu lawan...

    Penyandang kerusi Parlimen Kota Samarahan dicabar calon dari Pakatan Harapan satu lawan satu

    KOTA SAMARAHAN, 05 NOVEMBER 2022 (SNN): Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) merangkap bekas penyandang kerusi parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang bakal berdepan saingan satu lawan satu dengan calon Abang Abdul Halil Abang Naili mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak.

    Dalam pada itu, Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kota Samarahan, Annuar Da’an telah mengumumkan kesemua calon bagi kerusi berkenaan pada pukul 11 pagi selepas semua calon menghantar borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon di Dewan Suarah Kota Samarahan di sini selepas pencalonan ditutup pada pukul 10 pagi.

    Sebelum itu, calon GPS Datuk Rubiah Wang telah tiba di Pusat Penamaan Calon pada pukul 8.40 pagi dengan diiringi pencadang dan penyokong.

    Hadir sama ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan ratusan penyokong lain.

    Manakala, calon lawan dari PH, Abang Abdul Halil Abang Naili tiba pada pukul 8.41 pagi juga diiringi dengan pencadang dan penyokong masing-masing.

    Sementara itu, tinjauan daripada wartawan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) mendapati proses penamaan calon berlangsung dalam suasana norma baharu dengan pusat penamaan calon dibuka pada pukul 9 pagi.

    Parlimen Kota Samarahan mempunyai seramai 82,229 pengundi berdaftar dengan 41,638 atau 50.6 peratus pengundi adalah lelaki, manakala baki 40,591 atau 49.3 peratus adalah pengundi wanita.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...