KUCHING, 04 NOVEMBER 2022 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkesempatan mengadakan sesi libat urus/perbeincangan bersama semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk kali kedua pada tahun ini.
Perbincangan bersama penyedia perkhidmatan tersebut diadakan bagi membincang dan mencari penyelesaian terhadap isu, masalah dan perkara yang berkaitan dengan usaha untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi dan jalur lebar yang lebih meluar di Sarawak.
“Kita(kerajaan Sarawak) telahpun membina banyak menara telekomunikasi di seluruh negeri namun masalah sekarang adalah belum dipasang dengan kemudahan telekomunikasi daripada pihak penyedia perkhidmatan tersebut.
“Jadi, oleh itu kita adakan perbincangan dengan pihak CELCOM, DIGI, MAXIS, UMOBILE, TM, SACOFA untuk mencari jalan terbaik bagi menyediakan perkhidmatan rangkaian internet di menara-menara yang sedia ada agar semua rakyat dapat menikmati kemudahan internet,” katanya.
Jelas Julaihi lagi, kemudahan jaringan internet ini adalah perlu khususnya kawasan luar bandar dan pedalaman kerana sejajar dengan hasrat Kerajaan Sarawak ke arah pendigitalan ekonomi selain memberi manfaat kepada rakyat mengakses maklumat dengan adanya liputan internet di kawasan mereka.
Sesi libat urus itu turut disertai oleh lembaga dan agensi seperti Sarawak Media Authority (SMA), SDEC, SAINS dan Sarawak Energy Berhad (SEB).
Turut hadir sama ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telkomunikasi); Datuk Liwan Lagang, Pemangku Setiausaha Tetap MUT; Syed Fauzi Sahab, Penarah MCMC/SKMM Sarawak; En Adiman Ajem, CEO/GM/Pengurus dan Wakil Penyedia Perkhidmatan dan Lembaga & Agensi Telekomunikasi Sarawak.