More
    Home Malaysia Kerajaan Sarawak teruskan usaha pengukuran dan pemberian surat hak milik tanah di...

    Kerajaan Sarawak teruskan usaha pengukuran dan pemberian surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 KTN-Datuk Len Talif

    SIMANGGANG, 29 OKTOBER 2022 (SNN): Sebanyak 57,582 lot individu berjaya diukur melibatkan kawasan seluas 72,582 hektar setakat 30 September lalu.

    Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sebanyak 23,631 lot pula dikeluarkan surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 KTN yang berkeluasan 35,999 hektar.

    Menurutnya, Kerajaan Sarawak memperkenalkan Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu pada 2010 dan dilaksanakan secara dua peringkat.

    “Peringkat pertama ialah pengukuran perimeter dan pewartaan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN) sebagai Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian).

    “Manakala, peringkat kedua pula, pengukuran secara lot individu dan pengeluaran surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 KTN akan dilaksanakan,” katanya semasa Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 (KTN) Bagi Kawasan DUN Bukit Begunan.

    Datuk Len Talif mewakili Timbalan Premier menyerahkan surat hak milik tanah kepada penduduk di kawasan DUN Bukit Begunan

    Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

    Seramai 448 penerima di DUN Bukit Begunan menerima surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 KTN.

    Penerimaan surat hak milik diserahkan kepada wakil ketua kaum masing-masing melibatkan kawasan Batu Besai, Panggau, Sunga, Bakong, Sungai Lekok, Jalan Empelanjau-Jungkong, Kampung Baur dan Tanjung Bijat, Lingga.

    Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang dan ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan awal asas utama pembentukan generasi muda cemerlang

    0
    KOTA SAMARAHAN, 09 JANUARI 2025: Pendidikan awal kanak-kanak menjadi asas penting dalam membentuk generasi muda yang cemerlang. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah...