More
    Home Malaysia 19 November depan ditetapkan sebagai hari mengundi bagi PRU15-SPR

    19 November depan ditetapkan sebagai hari mengundi bagi PRU15-SPR

    KUCHING, 21 OKTOBER 2022 (SNN): Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia memutuskan tarikh bagi hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada 19 November 2022 depan.

    Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu sidang media memberitahu, bagi tempoh pengundian awal pula akan diadakan pada 14 November manakala penamaan calon adalah 5 November 2022.

    “Hasil Mesyuarat Khas yang dijalankan kita telah memutuskan bahawa PRU-15 hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan 222 kerusi Dewan Rakyat, 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, 15 kerusi DUN Perlis dan 59 kerusi DUN Perak selepas pengumuman pembubaran dibuat pada 10 Oktober lalu.

    “PRK DUN Bugaya, Sabah juga akan diadakan serentak bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut selepas penyandangnya sebelum ini meninggal dunia. Oleh itu, SPR telah menetapkan tarikh-tarikh penting iaitu pada 20 Oktober ditetapkan sebagai Tarikh Keluar Wirit, 5 November 2022 Hari Penamaan Calon, 15 November 2022 Hari Pengundian Awal dan 19 November 2022 Hari Pengundian,” jelas beliau pada sidang media selepas mengadakan Mesyaurat Khas di Putrajaya, semalam.

    Kenyataan media SPR yang dikeluarkan pada 20 Oktober 2022.-SPR

    Tambah Abdul Ghani, sepanjang tempoh PRU dan PRN ini seramai 22 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang dibantu oleh 1,264 orang Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya telah dilantik bagi menjalankan proses pengundian kali ini.

    Sehubungan itu juga, SPR turut menubuhkan 625 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya yang turut akan dianggotai oleh wakil dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding untuk memantau aktviti kempen sepanjang tempoh rasmi berkempen.

    “Bagi menggalakkan pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari mengundi, SPR akan melaksanakan kempen ‘Jum Kita Undi’ melalui pelbagai saluran media termasuklah di media elektronik, media sosial, hebahan melalui siar raya dan pemasangan kain rentang di lokasi-lokasi strategik tumpuan awam,” jelas beliau.

    Sementara itu, Tan Sri Abdul Ghani mendedahkan, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) terkini sehingga Ogos lepas yang layak mengundi bagi PRU-15 adalah seramai 21,173,638 orang pemilih.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Wisma Melayu dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini-Awang Tengah

    0
    KUCHING, 01 MAC 2025 (SNN): Projek pembinaan Wisma Melayu di Jalan Diplomatik, Petra Jaya yang akan menjadi mercu tanda kebudayaan masyarakat Melayu Sarawak kini...