More
    Home Sarawak Limbang Pesta Badudun & Lumba Kerbau 2022 di Limbang bukti perpaduan dan keharmonian...

    Pesta Badudun & Lumba Kerbau 2022 di Limbang bukti perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum

    LIMBANG, 19 OKTOBER 2022 (SNN): Mengambil tema ‘Budaya Bersatu Melalui Budaya Pelancongan Terus Maju’ amat bersesuaian dengan suasana sambutan Pesta Badudun & Lumba Kerbau yang julung kali diadakan semula selepas pandemik COVID-19.

    Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah berkata, penganjuran program ini bertujuan untuk mengumpul ahli keluarga dan sahabat di Limbang dan luar Limbang dalam mengingati asal usul serta mempereratkan perpaduan yang telah sedia terjalin.

    “Ini adalah program yang baik kerana kita berpeluang untuk mengeratkan semula perpaduan, kesatuan, silaturahim dan inilah budaya.

    “Selain daripada kita berpesta dan mengadakan bermacam-macam aktiviti, bermacam-macam masakan boleh kita nikmati bagi yang lama tidak balik kampung, inilah masanya itu pun setahun sekali,” katanya ketika berucap mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merasmikan Penangguhan Pesta Badudun & Lumba Kerbau 2022 di Limbang pada Ahad.

    Tegasnya beliau lagi, jangan ada berlakunya perpecahan, perkelahian, berpecah belah berbalah-balah dalam masyarakat kita, sebaliknya eratkan perpaduan dan hubungan berdasarkan ajaran agama Islam.

    Dalam pada itu, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Limbang turut meminta rakyat di kawasan Limbang untuk terus menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

    Jelasnya, GPS memerlukan suara besar di Parlimen dalam usaha mendapat dan mempertahankan hak rakyat Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    Turut hadir sama Residen Bahagian Limbang; Sebi Abang, Pegawai Daerah Limbang; Superi Awang Said, Pengerusi Persatuan Melayu Limbang; Mohamad Abu Bakar, Abu Bakar Tinggal, Pemanca; Jun Silah dan Ketua Kampung Meritam; Mahmud Gampal.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Wisma Melayu dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini-Awang Tengah

    0
    KUCHING, 01 MAC 2025 (SNN): Projek pembinaan Wisma Melayu di Jalan Diplomatik, Petra Jaya yang akan menjadi mercu tanda kebudayaan masyarakat Melayu Sarawak kini...