More
    Home Sarawak Limbang Infrastruktur bangunan Smk Sundar& Sk Luagan, Lawas perlu dibaikpulih segera-Datuk Dr Annuar

    Infrastruktur bangunan Smk Sundar& Sk Luagan, Lawas perlu dibaikpulih segera-Datuk Dr Annuar

    LAWAS, 15 OKTOBER 2022 (SNN): Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi dan Sains Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee telah mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sundar dan Sekolah Kebangsaan (SK) Luagan di sini pada Khamis.

    Setibanya di perkarangan SMK Sundar, beliau telah disambut Pengetua Omar Sidek dan dibawa meninjau perkembangan bangunan baharu sekolah yang sedang dibina dan diselia di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA).

    Berdasarkan pemerhatian, pembinaan bangunan sekolah tersebut memerlukan pertimbangan kerana masih ada struktur bangunan sekolah itu yang perlu diambil perhatian sewajarnya.

    Walau bagaimanapun, bangunan sekolah yang lain masih selamat diduduki dan digunakan walaupun sekolah ini kerap dinaiki air apabila hujan turun dari Ulu Sungai Trusan selain blok asrama baharu dan dua unit kuarters guru akan ditambah bagi keselesaan palajar dan warga pendidik.

    Lawatan pertama Datuk Dr Annuar Rapaee di SMK Sundar sebaik tiba di Daerah Lawas.

    Seterusnya, Datuk Dr Annuar meneruskan lawatan ke SK Luagan, Sundar dan kehadirannya disambut Guru Besar Rahim Rahman.

    Dalam lawatan itu, guru-guru di sekolah tersebut telah mengajukan permasalahan mengenai keadaan bangunan sekolah itu yang memerlukan perhatian sewajarnya dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung dengan kesesuaian bangunan sedia ada dan memerlukan cadangan tapak yang baharu.

    Ini disebabkan kawasan sekolah tersebut mudah dinaiki air dan sering menganggu sesi persekolahan.

    Untuk makluman, SK Luagan akan dinaiktaraf dimana akan memiliki sebuah dewan serbaguna yang akan dilaksanakan di bawah NRDA.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...