More
    Home Sarawak Kuching Wisma Melayu Sarawak bernilai RM73 bakal siap dalam tempoh 30 bulan-Awang Tengah

    Wisma Melayu Sarawak bernilai RM73 bakal siap dalam tempoh 30 bulan-Awang Tengah

    KUCHING, 12 OKTOBER 2022 (SNN): Bangunan Wisma Melayu yang kini dalam proses pembinaan bakal menjadi mercu tanda baharu sekaligus lambang perpaduan masyarakat di Sarawak apabila siap kelak.

    Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek pembinaan Wisma Melayu yang dibina di atas tapak seluas lebih 14.83 hektar dianggarkan menelan perbelanjaan sebanyak RM73 juta dan akan mengambil masa selama 30 bulan untuk siap sepenuhnya.

    “Idea pembinaan bangunan milik Lembaga Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) ini merupakan idea mantan Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem semasa Seminar Budaya Melayu Sarawak pada 2007.

    “Ianya bukan sahaja bakal menjadi satu mercu tanda, malah juga merupakan penanda bahawa masyarakat kita akan terus bersatu padu, bekerjasama antara satu dengan yang lain untuk kita mempastikan Sarawak akan terus kukuh, kuat dan maju yang akan dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat,”katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Tapak Wisma Melayu Sarawak di Jalan Diplomatik, Petra Jaya pada Selasa.

    Datuk Amar Awang Tengah menyaksikan penyerahan tapak tanah daripada Pengurus Besar AKYBMS, Datu Dr Sanib Said kepada agensi pelaksana, Naim Engineering Sdn Bhd.

    Tambah beliau, dengan kebolehan, kepakaran dan kredabiliti yang ada pada Naim Engineering Sdn Bhd selaku kontraktor yang diamanahkan untuk melaksanakan projek ini, berharap dapat merealisasikan Wisma Melayu Sarawak itu dalam jangka masa yang telah dirancangkan.

    Awang Tengah yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS turut memberitahu, bangunan itu nanti akan dilengkapi dengan kemudahan bilik seminar, pejabat pentadbiran AKYBMS, ruang aktiviti terbuka, surau, cafe dan galeri sejarah Melayu Sarawak yang akan dapat dimanfaatkan untuk aktiviti keagamaan, persembahan budaya, sosial dan ekonomi.

    “Tidak hanya itu, bangunan yang turut disertakan dengan ruangan dewan serbaguna itu juga dapat digunakan untuk persidangan dan pameran yang mampu menampung jumlah orang yang ramai,” ujarnya.

    Turut hadir sama Penasihat AKYBMS; Datuk Mohd Naroden Majais, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak; Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak; Datuk Dr Annuar Rapa’ee, dan Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan; Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Isu hakisan tanah yang serius di Kpg Melango jejas keselamatan penghuni...

    0
    KUCHING, 16 NOVEMBER 2024: Kerajaan digesa mempertimbang dan mengambil berat isu hakisan tanah yang teruk di Kampung Melango, Saratok yang meliabtkan lebih 47 rumah...