More
    Home Sarawak Betong Enam sekeluarga hilang tempat berteduh selepas terlibat dalam satu kebakaran

    Enam sekeluarga hilang tempat berteduh selepas terlibat dalam satu kebakaran

    KABONG, 28 SEPTEMBER 2022 (SNN): Seramai enam sekeluarga kehilangan tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran di Kampung Baru Darat, Kabong, semalam.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.36 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seratok ke lokasi kejadian.

    “Komander Operasi melaporkan kebakaran terbabit melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal setingkat (rumah bertiang) terbakar 100 peratus. Seramai lima orang sekeluarga berjaya keluar dari rumah dengan selamat.

    “Bagaimanapun, seorang penghuni mengalami sakit dada akibat terkejut dan dibawa ke hospital,” katanya menerusi satu kenyataan.

    Penduduk kampung membantu mengawal api kebakaran sementara menunggu ketibaan pihak bomba.

    Menurut kenyataan itu lagi, pasukan bomba membuat pemadaman menggunakan dua aliran, 200 kaki dan tiga nozzel sumber air dari pili bomba.

    “Terdapat sebuah rumah dua tingkat terjejas dalam lima peratus di bahagian dinding luar rumah kesan dari kebakaran tersebut.

    “Enam sekeluarga penghuni rumah terbabit ialah dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa, masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan,” ujarnya.

    Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 12.29 tengah hari dan operasi tamat pada jam 1.03 petang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...