More
    Home Sarawak Betong Program Jom Solat berpotensi pupuk minat anak muda mengimarahkan masjid dan surau

    Program Jom Solat berpotensi pupuk minat anak muda mengimarahkan masjid dan surau

    SARIBAS, 10 SEPTEMBER 2022 (SNN): Penganjuran program keilmuan di masjid dan surau secara tidak langsung berpotensi untuk memupuk minat masyarakat Islam khususnya golongan muda mengimarah suasana masjid dan surau disamping mempelajari ilmu agama.

    Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Mohammad Razi Sitam berkata, program keilmuan yang dilaksanakan di masjid atau surau menjadi wadah dalam menyalurkan input berguna kepada masyarakat Islam selain menyerlahkan konsep kesatuan ummah dan nilai toleransi yang tinggi

    “Selain menjalinkan hubungan ukhwah dalam kalangan ummah penganjuran program seperti itu juga mengajar anak-anak muda kaedah-kaedah menunaikan sembahyang yang mengikut tertib dan menjadi pendorong kepada masyarakat agar istiqomah dalam mengerjakan perintah Allah SWT.

    “Saya harap program sedemikian akan terus dilaksanakan secara konsisten agar kita mampu membina serta melahirkan generasi muda Islam yang cinta akan masjid yang pasti akan menjadi penerus di masa hadapan,” katanya ketika hadir ke Program Jom Solat Berpotensi Sebagai Langkah Mengimarah Masjid dan Surau di Masjid At-Taqwa, Dit, pada Jumaat.

    Susana penganjuran Program Jom Solat yang dihadiri oleh penduduk kampung dari pelbagai lapisan umur.

    Razi Sitam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas itu menambah, kita di Sarawak amat bertuah kerana kerajaan negeri di bawah pimpinan Premier Sarawak amat prihatin kepada keperluan masyarakat Islam khsususnya di kawasan DUN Saribas kerana telah meluluskan tiga projek pembinaan masjid iaitu Masjid Daerah Debak, Masjid Kampung Bungin dan Masjid Kampung Dit.

    “Ini membuktikan kerajaan tidak lupa akan keperluan masyarakat Islam yang memerlukan ruang dan suasana masjid yang selesa serta selamat untuk menunaikan ibadah dan melakukan aktiviti keagamaan,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Mohamaad Razi turut menyampaikan 80 kampit beras untuk Program Jom Solat tersebut untuk diagihkan kepada penduduk kampung.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...