More
    Home Sarawak Betong Datuk Julaihi tinjau persiapan terakhir Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2022...

    Datuk Julaihi tinjau persiapan terakhir Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2022 di Betong

    BETONG, 30 OGOS 2022 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkesempatan hadir bersama-sama Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak menyaksikan raptai penuh sambutan berkenaan, di Dewan Tan Sri Stpehen Kalong Ningkan, semalam.

    Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau selaku menteri yang bertanggungjawab mengetuai Jawatankuasa Induk Sambutan itu menyatakan berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan sehingga hari terakhir sebelum acara kemuncak bermula malam nanti.

    Jelas beliau, sambutan ambang merdeka nanti akan diadakan pada malam 30 Ogos 2022 di hadapan dewan TS Stephen Kalong Ningkan dan acara kemuncaknya turut diadakan di dewan yang sama pada 31 Ogos ini.

    Raptai penuh sebelum hari acara Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2022.

    Julaihi turut menzahirkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir samada terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan raptai serta majlis tersebut yang sudah pasti akan menjadi acara yang sangat gemilang bagi semua.

    Turut hadir sama Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan merangkap ADUN Layar, Dato’ Gerald Rentap Jabu.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak berpoetensi besar sebagai kawasan pertumbuhan ekonomi di Asia Pasifik

    0
    KUCHING, 19 APRIL 2025: Amalan dasar Sarawak yang berteraskan tenaga hijau yang boleh diperbaharui sebagai sumber ekonomi baharu mendapat pengiktirafan daripada Forum Ekonomi Dunia...