More
    Home Malaysia Penglibatan golongan belia dalam arena politik menentukan corak pemimpin masa hadapan-Rubiah Wang

    Penglibatan golongan belia dalam arena politik menentukan corak pemimpin masa hadapan-Rubiah Wang

    KOTA SAMARAHAN, 14 OGOS 2022 (SNN): Golongan belia memainkan peranan besar dalam pembentukan bangsa dan negara terutamanya arena politik bagi memilih pemimpin negara pada masa depan.

    Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang memberitahu, penglibatan anak muda yang dilihat semakin meningkat dalam arena politik negara merupakan petanda positif dan perlu dikembangkan dengan lebih meluas.

    Jelasnya, ini berikutan jumlah pengundi belia berusia antara 21 hingga 40 tahun pada tahun 2020 berjumlah 6.2 juta orang iaitu sebanyak 40.8 peratus daripada keseluruhan 15.3 juta orang pengundi berdaftar.

    “Pada 12 Mac lepas, negara telah mencipta sejarah baharu di mana golongan belia julung kalinya diberi hak dan mandat untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor yang mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus dengan penambahan hampir 750,000 pengundi berusia 18 tahun ke atas daripada keseluruhan 2.6 juta pengundi berdaftar susulan pendaftaran automatik Undi18.

    “Dengan terlaksananya Undi18 ini, diharapkan belia lebih celik dan cakna tentang sistem demokrasi berparlimen dan peranan sebagai pengundi muda seterusnya meningkatkan jati diri belia untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab,” katanya semasa Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Samarahan 2022 di The Summer Shopping Mall Kota Samarahan pada Sabtu.

    Datuk Rubiah menyempurnakan simbolik Sambutan Hari Belia Negara peringkat Samarahan di Summer Mall pada Sabtu.

    Justeru, Rubiah menyeru kepada belia di Samarahan supaya tidak meminggirkan diri daripada terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam agenda pembangunan agar bersama-sama memajukan kawasan kita.

    Terdahulu, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan, Abu Zaid Abu Bakar berkata, sambutan Hari Belia Negara (HBN) merupakan pengiktirafan tertinggi dan negara kepada golongan belia atas sumbangan yang diberikan dalam pembangunan negara.

    Tambah beliau, secara rasminya sambutan HBN diraikan pada tanggal 15 Mei setiap tahun melibatkan pelaksanaan program-program secara fizikal dan atas talian dilaksanakan diperingkat kebangsaan, negeri dan bahagian.

    Selain itu, sambutan HBN merupakan penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak kerajaan kepada golongan belia yang menyumbang kepada pembangunan negara disamping memperluaskan penglibatan belia hingga ke akar umbi.

    Antara aktiviti sambutan HBN Peringkat Bahagian Samarahan yang telah diadakan sejak pagi tadi adalah Pertandingan E-Sports, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Pertandingan Karaoke dan Pertandingan Aerobathon.

    Turut hadir sama Residen Bahagian Samarahan; Brahim Lumpu, Pegawai Daerah Samarahan; Anuar Da’an dan Pegawai Kebajikan; Mohammed Yaakob Morsidi.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...