KUCHING, 13 OGOS 2022 (SNN): Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) akan menganjurkan Konvensyen Graduan Melayu Sarawak 2022 bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 24 Ogos 2022 ini bermula jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang.
IGMS dalam kenyataannya menyeru semua graduan Melayu Sarawak, pelajar, pekerja, usahawan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu untuk sama-sama hadir berhimpun bagi menzahirkan suara mereka dalam hal berkait dengan kemajuan sosial, ekonomi dan politik Orang Melayu.
Matlamat dan Objektif KGMS adalah sebagai platform perhimpunan bagi graduan Melayu bersama pemimpin menyelami aspirasi pemimpin pada peringkat akar umbi serta mendapatkan maklum balas daripada para graduan melalui perbincangan bersama pemimpin.
Pendaftaran adalah percuma khas untuk semua Anak Melayu Sarawak dan untuk maklumat lanjut boleh pergi ke link https://kgms.sm.my/