More
    Home Malaysia UTC Samarahan sudah diluluskan dan bakal beri kemudahan kepada rakyat Kota Samarahan-Rubiah...

    UTC Samarahan sudah diluluskan dan bakal beri kemudahan kepada rakyat Kota Samarahan-Rubiah Wang

    KOTA SAMARAHAN, 11 OGOS 2022 (SNN): Cadangan pembinaan sebuah Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kota Samarahan yang dipohon dulu secara dasarnya telah diluluskan manakala pelaksanaannya pula masih menunggu perincian daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

    Ahli Parlimen Kota Smarahan, Datuk Hajah Rubiah Wang berkata, pusat itu merupakan idea masyarakat disampaikan kepadanya dalam sesi dialog bersama-sama pemimpin masyarakat dan pertubuhan belia kawasan sebelum ini.

    “Mereka mengkehendaki bangunan kerajaan atau bangunan terbiar tempatan. Bagaimanapun, kita mencadang pusat beli-belah Summer Mall kerana lokasinya lebih tertumpu di kawasan berpenduduk yang ramai dan ruangan yang besar.

    “Pada masa ini, pusat tersebut boleh dikatakan sesuai untuk dibina di kawasan The Summer Mall bagi memenuhi keperluan penduduk dari sekitar Kota Samarahan, Serian dan juga daerah-daerah pesisir yang lain selain membantu mengembangkan ekonomi masyarakat,” katanya selepas merasmikan Program Asajajayakusayang: “Merdekaku Pertahankan” di Dewan Pejabat Daerah Asajaya di sini, semalam.

    Datuk Rubiah menyempurnakan acara ‘Flag off’ di pekarangan Surau Al-Jannah, Tambirat Hilir.

    Rubiah menambah, UTC di Kota Samarahan bukan sahaja memberi kemudahan kepada penduduk setempat malah Serian dan daerah lain berhampiran kerana mereka tidak perlu mengharungi kesesakan jalan raya ke Kuching untuk berurusan ke UTC Kuching.

    Sebelumnya, sebanyak 16 buah kenderaan dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah menyertai program Konvoi Asajayakusayang Daerah Asajaya di sini bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini yang mana acara ‘Flag off’ dilakukan di Surau Al-Jannah, Tambirat Hilir.

    Bertemakan Merdeka Pertahankan, konvoi itu dianjurkan bersama oleh Jabatan Penerangan Bahagian Samarahan, Pejabat Daerah Asajaya dan Pusat Khidmat Parlimen Kota Samarahan.

    Jelas beliau, usaha ini dilakukan setiap tahun pada bulan kemerdekaan bagi menyemarakkan lagi nilai patrotisme dalam kalangan masyarakat khususnya golongan anak muda.

    Turut hadir sama Pegawai Daerah Asajaya; Rais Ahmat, Pegawai Tadbir mewakili Residen Bahagian Samarahan; Louis Andria Barieng, Pegawai Penerangan Daerah Samarahan; Abdul Latif Shamsudin dan Temenggong Chek Bujang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Muhammad Nazmi, Guru dari Sarawak Tersenarai 10 Finalis Anugerah Guru Global...

    0
    KUCHING, 31 JANUARI 2025 (SNN): Terkenal dengan pendekatan pengajaran dalam bilik darjah yang inovatif dan pelbagai inisiatif pacu pembangunan komuniti, seorang pendidik dari Sarawak,...