More
    Home Sarawak Limbang Anak-anak Sarawak beragama Islam berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di...

    Anak-anak Sarawak beragama Islam berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di bawah tajaan biasiswa Ibnu Khaldun-Premier Sarawak

    LIMBANG, 04 OGOS 2022 (SNN): Kerajaan Sarawak akan terus menaik taraf dan membangunkan surau dan masjid serta memperkukuhkan lagi Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) untuk membantu pengajian dan pendidikan anak-anak Islam di negeri ini.

    Premeir Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, pengajian dan pendidikan ini akan dilaksanakan dan dibiaya penuh di bawah biasiswa Ibnu Khaldun.

    “Saya telah arahkan Tabung Baitulmal Sarawak untuk memberikan peruntukan di bawah biasiswa Ibnu Khaldun bagi kita menghantarkan anak-anak Islam ke universiti terkemuka di dunia ini termasuklah universiti Harvard, Oxford, Cambridge dan Stamford dalam jurusan-jurusan yang sangat penting dalam ekonomi baharu dunia hari ini,” katanya semasa berucap merasmikan Surau Darul Ehsan Tun Abang Haji Openg Kampung Bunga Raya di Limbang pada Rabu.

    Jelas Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari lagi, pembiayaan ini termasuklah di peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam beberapa jurusan tertentu supaya dapat melahirkan anak-anak Islam yang berwibawa dan berpengaruh dari sudut pendidikan dalam melahirkan intelektual bertaraf dunia.

    Premier Sarawak bersama Menteri dan Timbalan Menteri merakamkan foto selepas Majlis Perasmian Surau Darul Ehsan Tun Abang Haji Openg

    Terdahulu, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia Datuk Hasbi Habibollah dalam ucapan beliau menzahirkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah meluluskan dana bagi membina surau baharu bagi menggantikan surau lama yang sudah uzur.

    Surau Bunga Raya yang lama dan tertua dibina pada tahun 1969 itu telah tidak selamat digunakan lagi. Hal ini disebabkan tiang dan gelegar surau pada masa itu sudah dimakan anai-anai dan reput.

    “Kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurniaNya serta keprihatinan YAB akhirnya meluluskan permohonan tersebut di bawah Projek Rakyat berjumlah RM750,000 bagi membina baru surau bagi menggantikan surau yang lama,” jelasnya.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang turut memaklumkan pihaknya telah mengambil keputusan menukar nama Surau Darul Ehsan ini kepada nama Surau Darul Ehsan Tun Abang Haji Openg sebagai menghargai sumbangan peruntukan dalam membina surau baharu ini.

    Mengulas mengenai surau ini, Datuk Hasbi memberitahu Surau Darul Ehsan Tun Abang Haji Openg ini telah dapat digunakan pada bulan Ramadan tahun ini dalam menunaikan solat Tarawih.

    Turut hadir sama Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan; Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah I (Pemodenan Pertanian) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota; Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Residen Bahagian Limbang; Sebi Abang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Muhammad Nazmi, Guru dari Sarawak Tersenarai 10 Finalis Anugerah Guru Global...

    0
    KUCHING, 31 JANUARI 2025 (SNN): Terkenal dengan pendekatan pengajaran dalam bilik darjah yang inovatif dan pelbagai inisiatif pacu pembangunan komuniti, seorang pendidik dari Sarawak,...