More
    Home Malaysia Lebih 1,500 umat Islam memeriahkan Majlis Bacaan Yassin dan Doa Akhir Tahun...

    Lebih 1,500 umat Islam memeriahkan Majlis Bacaan Yassin dan Doa Akhir Tahun sempena Awal Muharam 1444H

    SEBUYAU, 30 JULAI 2022 (SNN): Sekitar 1,500 umat Islam telah menyertai Majlis Bacaan Yassin serta Doa Akhir dan Awal Tahun bersempena dengan ketibaan Awal Muharam 1444H Peringkat Negeri Sarawak di Masjid Baharu Sebuyau di sini pada Jumaat.

    Hadir bagi memeriahkan majlis ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi yang mewakili Premier Sarawak.

    Majlis dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun sebelum disusuli dengan solat Maghrib dan kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa awal tahun serta bacaan Yassin yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Sahibul Fadillah Dato Mustapha Kamal Ahmad.

    Barisan jemaah menunaikan solat fardhu Maghrib sebelum diteruskan dengan bacaan yassin .-Foto FB Datuk Julaihi

    Majlis turut diisi dengan program Tazkirah Maal Hijrah bertajuk ‘Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran’ oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaysia Sabah, Dr Sarip Adul.

    Awal Muharam yang juga sinonim dengan panggilan Maal Hijrah sesungguhnya merupakan salah satu hari penting bagi seluruh umat Islam. Ia memperingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah demi memenuhi perintah Allah SWT.

    Antara yang turut serta ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi; Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Ir Aidel Lariwoo; Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr. Hazland Abang Hipni; Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris; Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha; Residen Bahagian Samarahan, Brahim Lumpu; Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Ustaz Khalidi Ibrahim dan Pemangku Pegawai Daerah Sebuyau, Jerry Zannuddin Bidin.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Premier Sarawak ketuai deligasi dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari...

    0
    TOKYO, 16 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Tokyo, Jepun...