More
    Home Malaysia Sebuyau dipilih menjadi tuan rumah sempena Sambutan Maal Hijrah 1444H peringkat Negeri...

    Sebuyau dipilih menjadi tuan rumah sempena Sambutan Maal Hijrah 1444H peringkat Negeri Sarawak

    SEBUYAU, 29 JULAI 2022 (SNN): Daerah Sebuyau kali ini terpilih sebagai tuan rumah sempena sambutan Maal Hijrah 1444H peringkat negeri Sarawak yang disambut di Masjid Baharu Sebuyau pada Khamis.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi mewakili YAB Premier Sarawak turut hadir ke acara majlis sebagai perasmi sambutan Maal Hijrah pada kali ini.

    Forum Perdana sempena Sambutan Maal Hijrah 1444H turut dihadiri masyarakat Islam dari sekitar Daerah Sebuyau dan Samarahan.

    Dalam ucapannya, beliau bersyukur kerana pada kali ini sambutan Maal Hijrah 1444H diadakan di Sebuyau dengan slot forum perdana yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran’.

    “Aspirasi sebuah keluarga yang besar dalam masyarakat berbilang kaum dan agama amatlah menepati konsep yang diterapkan dalam konsep hijrah yang pernah dibawa pada zaman Rasulullah S.A.W,”jelasnya.

    Dalam pada itu, Julaihi turut menzahirkan sekalung terima kasih kepada kerajaan Sarawak khususnya Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) serta JAKIM Cawangan Sarawak dan semua pihak yang terlibat dalam forum perdana kali ini terutama ahli panel dan moderator.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...