More
    Home Malaysia Pembinaan benteng bantu lindungi tanaman petani dari limpahan air pasang besar-Datuk Julaihi

    Pembinaan benteng bantu lindungi tanaman petani dari limpahan air pasang besar-Datuk Julaihi

    SEBUYAU, 13 JULAI 2022 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkesempatan meninjau tapak pembinaan mini bund@benteng mini yang perlu dibina segera bagi menghalang limpahan air masin masuk ke kawasan pertanian penduduk di pesisir.

    Beliau yang hadir di Kampung Sampat, Sebuyau pada Selasa memberitahu, selain pembinaan benteng laut sepanjang 25 Kilometer yang sedang dibina di sepanjang pesisir bermula dari Sebangan hingga ke Beliong, Sebuyau benteng mini tersebut juga perlu dilaksanakan segera di kebanyakan kawasan pesisir bagi melindungi kawasan kampung terutama kawasan pertanian.

    Kerja-kerja menembok benteng sedang giat dilaksanakan-Foto FB Datuk Julaihi

    “Projek ini merupakan salah satu contoh yang sedang giat dilaksanakan dan ada juga yang telah siap dilaksanakan seperti di Segali dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat di Tebelu,” ujarnya lagi.

    Turut hadir sama Residen Bahagian Samarahan; Ibrahim Lumpu, Pegawai Daerah Sebuyau; Jerry Zainuddin bin Bidin, SAO Ajis Ahmad dan Ketua Kampung Haji Matassan Bujang.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...