More
    Home Sarawak Kuching 74 atlet luar dari Kuching yang menjalani latihan terima bantuan dari KBSS

    74 atlet luar dari Kuching yang menjalani latihan terima bantuan dari KBSS

    KUCHING, 07 OGOS 2021 (SNN) : Kira-kira 74 atlet dari luar kawasan Kuching yang sedang menjalani latihan dalam sukan masing-masing di Kuching menerima bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan Sarawak (KBSS).

    Menterinya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah semasa dalam ucapan beliau berkata, rata-rata atlet tersebut yang datang menjalani latihan di Kuching adalah dari Daerah Limbang, Lawas, Miri dan beberapa daerah lain. Ketika ini mereka tinggal di rumah sewa di sekitar Kuching susulan fasiliti sukan di sini lebih lengkap dan memudahkan mereka menjalani latihan.

    “Ketika negara masih dilanda wabak Covid-19 kita salurkan bantuan seperti pelitup muka, cecair pembasmi kuman serta barangan berupa makanan keperluan asas untuk bekalan dirumah masing-masing.

    “Sesi perjumpaan bersama atlet kali ini dibuat bagi memberi semangat, menyokong dan membantu para atlet menjalani latihan di bawah Program Pembangunan Sukan Sarawak serta persediaan bagi acara sukan yang akan diadakan kelak seperti Sukan Sarawak (SUKSAR) dan Sukan Malaysia (SUKMA),” kata beliau semasa berucap dalam Program ‘Meet-Up Sarawak Development Athletes@Kuching 2021 di Pusat Akuatik Pandalela Rinong, Kuching hari ini.

    Tambah beliau, Program Pembangunan Sukan Sarawak juga adalah usaha untuk melahirkan dan mengasah bakat-bakat baharu atlet dalam bidang sukan yang mungkin kelak akan mengharumkan nama Sarawak di peringkat Kebangsaan mahupun Antarabangsa. Setakat ini sahaja lebih 49 jenis sukan kompetetif di seluruh Sarawak melibatkan sekitar 4,000 atlet diselia di bawah proram ini.

    Ujarnya, beliau berharap semua atlet terus komited untuk meningkatkan potensi dan prestasi diri dalam bidang sukan masing-masing walaupun negara masih dilanda pandemik Covid-19.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Premier Sarawak ketuai deligasi dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari...

    0
    TOKYO, 16 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Tokyo, Jepun...