More
    Home 28 Pemilik Flat Taman Sepakat Jaya Terima Surat Hak Milik Strata

    28 Pemilik Flat Taman Sepakat Jaya Terima Surat Hak Milik Strata

    KUCHING, 18 April 2019 (SNN)- 28 Pemilik Flat Taman Sepakat Jaya terima surat hak milik strata semalam. Penyerahan tersebut dilakukan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan YB Datuk Dr Sim Kui Hian. Beliau berkata, pemilik harta perlu mengambil tahu berkaitan hak milik strata bagi mengelak sebarang sekatan dan masa berpanjangan dalam proses pengurusan harta.

    “Pemilik rumah di negeri ini digesa mendapatkan gelaran strata daripada Perbadanan Pembangunan Perumahan (PPP) selepas segala urusan berkaitan pinjaman dan pembiayaan perumahan diselesaikan. Perkara pertama yang perlu dilakukan pemilik hartanah ialah menyelesaikan pinjaman dan tunggakan pengurusan bank. Mereka boleh mendapatkan hak milik strata melalui PPP sekiranya urusan berkenaan pinjaman dan pembiayaan perumahan diselesaikan,” katanya. 

    Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Penyerahan 28 Hak Milik Strata dari Jabatan Tanah dan Survei Sarawak untuk Perumahan Taman Sepakat Jaya kepada penduduk di sini, semalam. Menurut Datuk Dr Sim lagi, dengan adanya hak milik strata itu pemilik hartanah akan mudah menguruskan masalah harta masing-masing pada masa akan datang.

    “Dengan adanya hak milik strata, pemilik boleh menjual dan membuat secara gadai terhadap hartanah miliknya kerana mereka sudah mempunyai kawalan ke atas hartanah tersebut. Saya berharap pemilik menyelesaikan pinjaman mereka. Kepada mereka yang masih belum menerima dokumen hak milik strata itu, mereka boleh menghubungi pejabat sumber kemanusiaan kami. Kerajaan Sarawak berusaha untuk memastikan setiap rakyat Sarawak menerima hak milik strata tanpa sebarang kelewatan”, tambahnya.

    “Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah memperuntukan dana sebanyak RM11 juta untuk 15,000 unit bagi memperoleh strata di seluruh negeri,” ujarnya lagi.

    Mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Strata, Datuk Dr Sim berkata ianya akan dipinda bagi mengatasi isu salah urus di peringkat jawatankuasa pengurusan pada masa akan datang.”Di bawah Kementerian Sumber Asli, RUU Strata akan dipinda dan dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, RUU tersebut untuk menangani isu pengurusan dan kedua, ia akan dipinda mengikut hak milik itu sendiri,” katanya.

    Turut hadir pada majlis tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut YB Dr Hazland Abang Hipni, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perumahan (PPP) Datuk Dr Abang Abdul Abdul Rauf Zain dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC Mohamad Asman Ahmad.

    Dr Sim semasa menyampaikan surat hak milik strata kepada salah seorang pemilik Flat Taman Sepakat Jaya sambil diperhatikan oleh Dr Hazland

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak sentiasa perjuangkan hak dan automoni seperti yang termaktub dalam MA63

    0
    KUCHING, 11 JANUARI 2025: Sarawak terus komited dalam mempertahankan prinsip-prinsip federalisme yang menjadi teras kepada pentadbiran negara ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr)...