More
    Home Sarawak Samarahan 156 Polis Bantuan Tamatkan 3 Siri Kursus di UNIMAS

    156 Polis Bantuan Tamatkan 3 Siri Kursus di UNIMAS

    KOTA SAMARAHAN, 02 Mei 2019 (SNN)-Seramai 156 orang polis bantuan berjaya menamatkan tiga  siri kursus di UNIMAS. Tiga siri tersebut termasuk Kursus Disiplin, Kuasa, Peranan Dan Tanggungjawab Polis Bantuan Dalam Melaksanakan Tugas diadakan di UNIMAS. Seramai 135 orang anggota Polis Bantuan UNIMAS termasuk 21 orang anggota Polis Bantuan IBRACO yang terdiri dari 129 orang lelaki dan 20 orang wanita telah berjaya menamatkan Kursus Disiplin, Kuasa, Peranan Dan Tanggungjawab Polis Bantuan Dalam Melaksanakan Tugas Siri 1,2 dan 3/2019. Kursus selama 1 hari setiap sesi ini dijalankan di Dewan Santapan Kampus Timur Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang berlangsung pada 22, 25 dan 30 April 2019.

    Penganjuran kursus ini melibatkan kerjasama dengan pihak Pusat Latihan Polis Kuching (PULAPOL). UNIMAS merupakan penganjur kursus telah menjemput tenaga pengajar dari Pusat Latihan Polis Kuching (PULAPOL) untuk memberi ceramah dalam kursus ini dan menjemput agensi Polis Bantuan IBRACO bagi bersama-sama menghadiri kursus yang bermanfaat ini. Tenaga pengajar professional yang telah dijemput bagi berkongsi ilmu dan pengalaman yang realistik kepada para peserta bersesuaian dengan tajuk kursus adalah ASP Mohamad Nizam Bin Bujang dan ASP Haroadi bin Hj Wasli.

    Penyampaian Cenderahati oleh ASP PB Idzhar Shaffarrul (dua dari kanan) kepada ASP Mohamad Nizam Bin Bujang (dua dari kiri).

    Bersesuaian dengan tajuk kursus, pihak pengajar mendedahkan elemen-elemen penting dan berguna untuk para peserta gunakan semasa menjalankan tugas di lapangan. Antara elemen yang disentuh adalah Akta Polis Sekyen 47-50 PTKPN A501, KPJ Sek. 15-28A, Hak Pertahanan Persendirian dan nilai etika moral seperti disiplin, peranan dan cabaran seorang penguatkuasa undang-undang.

    Perkongsian ini menepati objektif kursus iaitu untuk menambahkan pengetahuan kepada anggota Polis Bantuan berkaitan peraturan yang sedia ada dalam menjalankan tugas harian mereka bagi menghadapi tuntutan serta cabaran dari masa ke semasa. Selain itu juga, dapat menerapkan nilai-nilai murni, perubahan sikap yang positif dan mempunyai disiplin yang tinggi bagi memenuhi kehendak organisasi. Di samping itu, dengan adanya kursus ini setiap anggota Polis Bantuan akan dapat memahami keperluan mereka untuk menjaga penampilan diri dari segi disiplin berpakaian, tingkahlaku dan imej kendiri mereka demi menjaga nama baik agensi dan pihak PDRM.

    Dengan adanya kursus lanjutan seperti ini, ianya memberi pendedahan kepada anggota Polis Bantuan UNIMAS berkaitan dengan cabaran dari dalam dan luar kampus semasa mereka menjalankan tugas. Untuk menghadapi cabaran tersebut anggota Polis Bantuan UNIMAS perlu dipersiapkan dengan pengetahuan berkaitan dengan bidang kuasa, peranan dan tanggungjawab sebagai anggota Polis Bantuan. Dalam kursus ini pengetahuan dan kemahiran tersebut akan didedahkan kepada Polis Bantuan UNIMAS. Selain menjalankan tugas harian mereka, Polis Bantuan UNIMAS juga berfungsi sebagai mata dan telinga kepada pihak PDRM malah mereka membantu mencegah jenayah dan seterusnya menurunkan kadar jenayah dalam Kampus.

    Majlis tamat kursus disempurnakan oleh ASP/PB Idzhar Shaffarrul, pegawai keselamatan UNIMAS (wakil Pengarah Keselamatan Lt Kol Mohd Melintang Abdullah) diiringi oleh Insp PB Charles Maclean Ridis Rinyod dan Urusetia Kursus Insp PB Ismail Dan. Berdasarkan kepentingan dan keperluan kursus seperti ini, pihak UNIMAS akan berkerjasama lagi dengan pihak PULAPOL dan menjemput agensi-agensi polis bantuan yang lain untuk turut mengikuti kursus lanjutan pada tahun hadapan.

    Sebahagian Peserta Kursus Disiplin, Kuasa, Peranan Dan Tanggungjawab Polis Bantuan Dalam Melaksanakan Tugas Polis Bantuan UNIMAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Premier Sarawak ketuai deligasi dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari...

    0
    TOKYO, 16 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg selamat tiba di Tokyo, Jepun...